Memaparkan catatan dengan label ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ramadhan. Papar semua catatan

Rabu, 19 Mac 2014

adab berpuasa dan tarawih

ADAB BERPUASA DAN TARAWIH
 Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia.

5.Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah.

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat.
7.Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
8. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)




Sila la jawab teka silangkata pasal puasa ni ye..





Sabtu, 14 Ogos 2010

finally..i'm back-part 2

hahaha..aku ketawa dlu..sbbnye..emmm..lme da aku x update blog aku ni!!!da bersawang thp gaban rasenye,,byk labah-labah lak tu.hehe.bukan malas nk update tp xde mase nk sign in,bz ke fb.hehe.yela,dok nk jd petani yg berjya la katekan..klu realitinye,nak tnm sayur pun xpandai,dlm alam maya,bolehlaaa...
skrg ni ramadhan,hari ke 5.sbgai seorg ibu dan isteri yg mithali,kenela mem'prepare' juadah berbuka n sahur.FYI,i tak pernah lg beli juadah berbuka kt bazar ramadhan tau.heheh..sumenye masak sendiri,air tgn aku sendiri..cewahh..bangga rasenye.siap sempat lg aku buat mini muffin utk kezen-kezen ku time aku blik kampung bru2 ni.di bawah adalah senarai menu yg aku msk untuk cik abang n my baby daughter:
1st day puase:daging masak kicap tmbh kentang(favourite terbaru aku),syur petola msk air,puch fruit cocktail
2nd day puase:aym n ikan goreng,kacg buncis letak telur,air sirap bandung soda n kopi o panas
3rd day puase(kt kampung):xsempat nk msk,da smpai mlk,time buke,sooo...telan aje ape yg mak msk
4th day puase:daging rebung cili pd,ikan bakar n air asam,sotong goreng tepung(aku yg perabihkan) n air sunquick
5th day puase:beli je kt pasar ramadhan sbb x sempat nk msk,ondway atas jalan blik JB.

oklah,nti aku cerita lg..cuma,nk bgtau kat u'all,,puase tu puase tp jgn lupe amal ibadatnye..bykkan mengumpul phala di bulan ramadhan ni.maas salamah!