Isnin, 10 Disember 2012

Travel to Temerloh

Entry kali ni,aku nk citer pasal aku n family g Temerloh seminggu sebelum cuti sekolah.niat aku sebenarnya nak jumpa dengan family angkat aku yg berada di Felda Rentam,alang-alang da sampai ke sana,kitorg decide nk bercuti di sana dalam 3 hari 2 malam.gerak ke Temerloh petang Jumaat pukul 6.00ptg sbb suami blik dr keja pkul 5.00petang.

Aku booking family room di Hotel Seri Malaysia,Temerloh yg sememangnya affordable n most important,ada kids swimming pool for Sofea.rate semalam RM160 nett.oklah,buat ape nk mahal2 sgt,breakfast ada,pool pun ada kan..

Smpai Temerloh dalam pukul 10mlm.lewat sikit la sbb xkenal jalan lg,hujan lebat lg,oh lg satu...jalan ke sana melalui kuala pilah,dangi,jempol sangat2 tidak elok.banyak lubang besar dan dalam.tayar keta aku hampir bengkok sbb terlanggar lubang besar giler masa jalan ke Serting.

Esoknya,berjalan ke Temerloh n Mentakab Mall.banyak da berubah.makin pesat dua bandar ni.ye la,aku da tinggalkan mentakab n temerloh sudah tujuh tahun.dulu sinila tempat aku berjalan,meronggeng dengan bestfriend2 aku,tempat aku practikum mengajar.yela,maktab aku di kuala lipis,apa la sangat yg bestnye di lipis tu.macam pekan koboi,yg dibanggakan time aku masa belajar di lipis,hanya rumah Dato Ct.haha..jgn marah org Lepih ye
..

Sofea pulak asik nk swimming je.bangun pg swimming,petang swimming lg.bestnye,tak ramai org sbb belum school holiday lg.Aku xboleh swimming sbb terpksa pegang umar.yela,abah die nk swimming gak.huhu.

Sebelum blik ke Melaka,kiteorg singgah ke Felda Rentam nk berjumpa dengan Kakak angkat aku,kak su n Mok angkat aku.mmg happy la jumpa diorg.da lama sangat tak jumpa,dekat 5 tahun tak jumpa.di jamu kiteorg dengan gulai tempoyak ikan patin(suami langsung tak jamah,sbb dia tak suka mkn makann yg ada tempoyak atau durian),ayam goreng,sambal ikan n kelapa yang digoreng(aku xtahu nama lauk ni,tp kelapa tu digoreng dan berwarna coklat)..emm...dappp..

So,lepas makan,kiteorg borak,amik gambar. Dlm pukul 3.00,aku mintak izin nk gerak balik melaka.mmg sedih nk berpisah dengan kak su n mok.bila la dapat jumpa lg..
k,la tu je cerita aku, jumpa di lain entry.taaa.....

Ahad, 9 Disember 2012

Raised ALP or Rickets

ALP atau istilah perubatan dikenali sebagai 'alkaline phrosphatase'.itulah diagnosis pertama yg ditulis doctor dlm borang cucuk darah tu.aku tak tau pun apo ko bondo tu.doc ckp xda yg serius sgt.
ALP ni akn berkait dengan rickets.aku jumpa dr.adam ari tu kt klinik die,aku amik kesempatan nk tye psal rickets ni.die kata,rickets biasanya untuk babies kulit hitam,yg terdedah dengan chya matahari.
So,aku pun cari lebih pmahaman tentang rickets n alp ni di internet.yg aku phm,rickets ni mcm2  tahap n simptomnya tp tak membahayakan.ada yg boleh menyebabkan tulang kurg calcium,berkait dengan hati pun ye gak sbb tu aku tgok masa awal umar kne jaundice,nek aku tegur perut umar ada besar skit.

Doctor pakar gh melaka bg umar ubat drop (one-Alpha drop)untuk kurangkan bacaan enzim hati umar.satu hari satu drop umar makan.msa awal bacaan 530.doc kte klu normal,bacaan mesti 450 n below.dekat 4kali means umar kne amik darah kt tangan sbanyak 4kali.bacaan akhir meeting dengan doc aritu da turun 230.alhamdulillah.tp doc kata,kne amik sekali lg untuk confirm enzim tu really down.alahhhh..ni yg xnk dengar.sedih aku dengar umar nk kne cucuk lg.18 dis ni bru tahu keputusannya.doakan yg terbaik untuk umar ok.

Demam kuning

Salam,korang tau demam kuning?demam kuning ataupun istilah dalam perubatan ialah jaundice.
Biasanya,baby yg baru lahir akan mengalami demam kuning ni.cuma jangka masanye,lama ataupun sekejap.

Tak terkecuali my new baby,umar.umar pun kene jgk.so bile nurse da bgtau kne amik darah kt klinik,kitorg pun pegilah.tarikh hari tu,21 mei 2012. biasanya,permulaan,darah baby akan diambil di tapak kaki untuk mengetahui bacaan paras jaundice tu.bacaan kuning umar hari tu 11.2mg/dL.bacaan kalau atas 10mg/dL,doctor akan suggest utk repeat TSB lg.means,bby akan dicucuk lg.doc suruh umar dtg lg esok hari.esok hari,bacaannya 12.7mg/dL.naik plak.adoi,ni mesti doc suruh dtg lg.em,mmg betul,doc suh dtg 2 hari lagi.

Semua org suggestkan makan tu,minum ni.macam2,sebut je sume aku telan sbb nk  bg umar sembuh.susu kambing,anggur hitam,merah,hijau..ubat sengseh.diorg suh umar pun makan,aku bagi.sume la buat.tp nk wat mcmne,kuning umar xturun pun ke 10mg.

Nak dipendekkan cerita,umar mengalami prolong jaundice mksudnya,bacaan umar belum capai tahap 10 ke bawah dan demamnya dekat sebulan dan dia dicucuk di kaki dekat 11 kali.

Doc sarankan umar direfer ke GH Melaka bhagian klinik pakar paedriatrik.so,bermulalah episod umar dicucuk plak di tangan untuk mengetahui lebih detail penyakitnya.

Ok,pasal penyakit umar tu aku akan kongsikan pada entry yang sterusnya k.
Take care,bye:-)

Sabtu, 17 November 2012

Ceritaku....nak bersalin

salam,
lama da aku x update cerita bru.so,aku nk bgtau korg la yg aku bru je(em..xde la bru,lme gak)da bersalin ank ku yg kedua.aku lhirkn bby yg ku berikn nme Umar Wafiy pd pagi Jumaat,18 Mei 2012 pd pukul 6.06pg.

actually aku da trun drh pd hari rabu,16 mei.time tu aku kt sekolah menyambut sambutan hari guru.klu ikutkan due aku lg seminggu lg.aku siap jd penyelaras persembahan murid lg uolls.dengan perut yang memboyot tu,aku jlnkan jgk tugas yg diamanahkan dengan jayanya.kul 12tengahari,ada jamuan untuk guru.msa makan,aku rasa mcm basah2 je kt seluar aku,so terusla aku g toilet n u know what happen??
Ada darah!,wargh...panik da aku.terus aku bgtau GPK1 yg aku da kuar tanda darah n nak blik.aku call cik abang suh blik umah,nasib baikla umah ngan tempat keja suami  dekat.dia da smpai dlu dari aku.

Aku rileks je la tp sbnarnya dlm hati bedebar.yola,nk bersalin.siap mandi,kemas beg baby n bawakla beberapa pakaian aku.dlm kul 1.30 smpai la aku ke GH Melaka.trus gerak ke wad bersalin di tingkat 2,bangunan baru.
Mmg ramai mak-mak buyung dok menunggu untuk di check aritu.sorg-sorg ibu yang dah bersalin ditolak kuar dengan bby diorg.emm..time aku bile la plak.

Aku di check oleh doctor muda perempuan (rasanya,doc pelatih kot,muda sangat).bukaan dlm 2cm.so,nurse bgtau aku akan admit wad biasa sbb bukaan xbesar lg n in case bersalin mlm ni.duduk la aku dalam wad kelas pertama,bersenang lenang.sakit pun da xde.dtg contraction 40minit je.
Nurse yg dtg untuk check bp pun dieorg tye,ada sakit x kak?aku ckp la xde... smpai la esok pagi,ari khamis.
Hari khamis,17mei..doc pakar dtg n die tye aku,ada contraction x?aku geleng kepala.then,die bgtau yg aku kne discharge ari ni sbb xde tnda nk bersalin lg.dlm pkul 1ptg,suami amik untuk blik.

Bgusnye balik aritu,nenek aku da siap kan  cekodok udang geragau untuk aku.mcm tau-tau je aku nk mkn cekodok.actually,aku pernah ckp ngan nenek aku nk makan cekodok udang sbb aku ternampak org melanggai udang geragau kt pantai depan umah nenek.nek cakap,ini bby yang nak makan ni,sbb tu die xnk kuar lg semalam.ye lah nek...

Mlm tu,sbelum tido,mak ckp klu sakit datang 15minit-15minit,trus g hospital.dlm pukul 12.50tgh mlm,aku da sakit 15minit.aku kejutkan suami.sofea pulak awal2 aku da hantar ke umah nenek.takut die nk ikut sekli,susah plak aku.
Kiteorg pun gerak ke hospital.dr umah aku ke bandar melaka adalah dalam 40minit.sempatla tuang minyak kt petronas masjid tanah.satu-satunya stesyen minyak yg bkak pg tu.

Smpai wad bersalin dlm kul 1lebih,doc check bukaan aku.bru 4cm.selang brape jam,aku da mula nk meneran.nurse kte xdpt nk tolk aku msuk labour room sbb ktil penuh.terpksala aku dok kt kerusi belakang kaunter.nurse suruh dok situ sbb risaukan aku.

Kul 4.30pg,nurse tolak aku ke labour room no.5.dlm hati aku,nsib baik xbersalin kt kerusi td.klu x,jd sejarah tau.mmg xthn sgt smpai nurse dtg bg aku oksigen utk bntu aku kawal breath.xlme kemudian,dtg doc pkar die check bukaan,dah 8cm,n die pecahkan air ketuban aku.doc pesan kt aku supaya aku dpt bersalin normal n xnk vacuum(sbb sofea dlu trpksa vacuum,aku xpndai lg meneran).

Ketua jururawat bersama 2org lg nurse dtg untuk buat persiapan aku nk bersalin.dgn kata-kata semangat dr diorg plus suami aku yg kukuh memegang tangan aku memberi kata semangat " boleh ma,sikit lagi ma,hah,da nmpk kepala die mama!",akhirnya,dengan 2,3kali teran,lahirla bby boy,berat 2.9kg ke dunia tepat pkul 6.06pg,hari jumaat, 18 mei 2012.

Alhamdulillah...umar wafiy,anak mama penambah ksih sayang ma,abah dan kakak.

Khamis, 18 Ogos 2011

Sirah Rasulullah (pt 2)

Mendapatkan ibu pengasuh

menurut amalan golongan atasan Mekah,bayi yang baru lahir diserahkan kepada seorang ibu pengasuh untuk dibela ssehinggalah bayi itu agak besar sedikit.Ibu-ibu pengasuh itu biasanya datang dari org2 yg tinggal di kwsn pdg pasir yg mmg mengambil upah dari kerja2 mengasuh.kediaman di pdg pasir dikira sesuai kerana persekitarannya luas,bebas dan menyegarkan.

semasa nabi muhammad berusia beberapa hari,dtglah ibu2 pengasuh dgn satu kafilah.hampir kesemua pengsuh2 beroleh bayi asuhan masing2 kecuali seorg pengasuh yg bernma Halimah Saadiah yg berbdan kurus dan sudah berumur.

wlaupun sudah smpai masa utk kafilah bertolak pulang,Halimah masih keberatan menerima Muhamad.Bayi yg sudah kematian ayah dan dipangku oleh ibu kandung yg kini bergelar janda tidk mungkin berupaya membayar upah yg setimpal dgn kerja mengasuh yg begitu membebankan.

memandangkan tiada pilihan lain,Halimah pun berunding dgn suaminya Haris,samada utk menerima Muhammad atau tidk.Mereka membuat keputusan menerima Muhammad dari balik dgn tangan kosong.Haris seorg yg pemurah berkata,"manalah tahu ank ini akan membawa tuah kpd kita nanti"

Kuda kurus dn unta tua

Kemarau dan ketiadaan makanan melanda Mekah.Binatang ternakan juga tdk mendpt makanan.Walaupun begitu,Halimah ttp mempunyi seekor kuda yg kurus kering utk tunggangan dan unta betina yg sudah tua utk membekalkan susu.sepnjang perjalanan ke Mekah Halimah sentiasa tertinggal di belakang kerana menunggang kuda yg kurus .halimah menjadi bahan ejekan dan ditertwakan oleh rakan2nya.

setelah mendakap Nabi Muhammad ke dada,Halimah dpti buah dadanya sebak dengan susu,walhal semalam dia tidak dapat menyusukan anaknya sendiri yg menangis kelaparan sepnjang malam.Begitu juga halnya kepada untanya.Puaslh Nabi muhammad dan anak
kandungnya menyusu sehingga kenyang dan tertidur.

Haris berkata,"Halimah,sudah tentu inilah rahmat yg dibawa oleh bayi yang kita terima ini."

Dalam perjalanan pulang,kuda yg kurus td berubah laku dan terus menjadi cergas dan segera meninggalkan kafilah yg telah dihadapan tadi.

Itulah keberkatan dan barakah nya bayi yang mulia ini,Muhammad s.a.w.


tolonglah anak muridku beraya dengan gembira...


Tadi aku terbaca satu berita di Selangor mengenai keluarga miskin yang telah diberi sumbangan oleh pihak gereja,terus aku teringat kisah seorang ank muridku yg sgt kurang berkemampuan.

aku pernah bertnya pdnya,
kenapa die sllu xhadr ke sekolah,memandangkan byk kerja rumah yg aku bekalkan tidk disiapkn dan byk tjuk2 pelajaran yg byk tertinggal.

-die jawab,die menolong ibunya pergi menoreh getah setiap pagi subuh.ibu bapanya telah bercerai, menyebabkn ibunya menyara 4 org ank termasuklah ank muridku ini.ada masanya,kesabaranku terlepas juge bila die sllu tidk siap kerja yg dberi ttpi sdaya upya aku bersabar dn memberinya masa utk menyiapkn kerja tersebut.

nk dikaitkn dgn kes Selangor tu,kwn sejawatku pernh bertanya dengannya,

apa yang awak teringin nk makan masa berbuka puasa?
nak tau apa jwbnya???
-AIR MILO dan AYAM GORENG!.
terdiam skjp kwnku bila mendengar kemahuannya itu.

kwnku bertanya lg,abis dirumah awak biasa mkn ape?
-kdg-kdg telur,kdg2 smbl telur.

Air milo,dpt minum x?
-tak pernh minum cikgu,sabar je la..

tika itu,kwn ku rasa amat sedih sekali dan die berkata pd aku,mmg die berhajat nk sedekah brg2 makanan termasuklah setin milo dan seekor dging ayam.

Difkiranku terlintas satu soalan,ada x ank muridku baju raya,ada x ketupat,rendang ayam ketika raya nti??

aku terfikir bgaimana cara yg betul utk kita saalurkn zkat kpd org2 miskin begini?

mengapa tiada org yg membantu?

cuba bayngkan jika kita berada di tempt ank muridku itu...aku harap supaya org2 @ kakitgn Pusat Zakat atau Jabatan kebajikan masyarakat turun pdg,cari org2 miskin.jgn kita menunggu mereka dtg minta bantuan kerana mereka sendiri tiada duit nk membyr teksi dan bas utk pergi ke pejabat tuan,apalagi nk menelefon.

Apa guna duit pungutan zakat dicanang di media cetak berjuta-juta ttpi org miskin tidak dicari.

Ahad, 7 Ogos 2011

Sirah Nabi Muhammad (part 1)

Lahirnya satu jiwa yang bahagia

Di Mekah iaitu sebuah bandar yang termasyhur di Semenanjung Arab,satu musim bunga yang indah telah terjadi dan ia meninggalkan kenangan yang abadi.Musim bunga ini telah melahirkan satu bunga yang indah dlm bentuk rupa insan. Insan yang dimaksudkan ialah Nabi Muhammad.Baginda telah diputerakan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 22 April 571 Tahun Masihi.

Baginda lahir di dalam keluarga yang amat mulia.Ayahandanya,Abdullah ialah seorang yang baik budi pekertinya.Bondanya Aminah ialah seorang yang berhemah tinggi.Datuknya sebelah bapa,Abdul Mutalib ialah ketua bandar Mekah dan ketua kaum Quraisy iaitu kaum yang terkenal.

Abdullah hidup tidak lama.Beliau tinggal bersama ibu bapa Aminah selama tiga hari selepas bernikah,iaitu mematuhi adat kaumny sebelum membawa Aminah tinggal di rumahnya sendiri.Tidak lama kemudian,Abdullah jatuh sakit di Madinah semasa pulang dari urusan perniagaan di Syam(Syria).Mayatnya dikebumikan di Madinah.

Pemergian Abdullah sangat mengejutkan dan telah menyebabkan perasaan kehilangan kepada Aminah dan Abdul Mutalib serta keluarganya.

Cahaya dalam kegelapan

Kesugulan yang menyelubungi keluarga Abdullah berakhir dengan kelahiran Nabi Muhammad.

Apabila berit kelahiran sampai kepada AAbdul Mutalib,beliau segera menutup perniagaannya dan berkejar ke rumah Aminah.Setelah puas menatap dan mencium cucunya itu,Abdul Mutalib membawa cucunya kehadapn Kaabah dan mendoakan agar cucunya itu dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan yang tidak terhingga.Selesai berdoa dan bersembahyang barulah dikembalikan cucunya ke pangkuan Aminah.Setelah berfikir panjang ,beliau memberi nama "Yang Terpuji" dalam bahasa Arab kepada bayi kecil itu.Walaupun nama itu tidak banyak dipakai pada zaman itu,beliau merasakan nama itu begitu cocok dengan perawakan cucunya yang kelihatan amat cerah dan cerdik itu.

Ada tetamu yang datang semasa Abdul Mutalib membuat kenduri bertanya, "mengapakah nama Muhammad yang dipilih? ,satu nama yang jarang didengar".
Jawabnya,"Harapanku agar cucuku menjadi tumpuan pujian dan sanjungan mesyarakat dari hidup hingga matinya"



============================================

Sumber ini aku ambil dan taip semula dari buku Riwayat Rasulullah.Sekadar utk menyebarkan kepada umat islam agar tahu ttg perjalanan kehidupan Rasulullah.Moga kita bertambah cinta dan sayang kepadanya.