Sabtu, 17 November 2012

Ceritaku....nak bersalin

salam,
lama da aku x update cerita bru.so,aku nk bgtau korg la yg aku bru je(em..xde la bru,lme gak)da bersalin ank ku yg kedua.aku lhirkn bby yg ku berikn nme Umar Wafiy pd pagi Jumaat,18 Mei 2012 pd pukul 6.06pg.

actually aku da trun drh pd hari rabu,16 mei.time tu aku kt sekolah menyambut sambutan hari guru.klu ikutkan due aku lg seminggu lg.aku siap jd penyelaras persembahan murid lg uolls.dengan perut yang memboyot tu,aku jlnkan jgk tugas yg diamanahkan dengan jayanya.kul 12tengahari,ada jamuan untuk guru.msa makan,aku rasa mcm basah2 je kt seluar aku,so terusla aku g toilet n u know what happen??
Ada darah!,wargh...panik da aku.terus aku bgtau GPK1 yg aku da kuar tanda darah n nak blik.aku call cik abang suh blik umah,nasib baikla umah ngan tempat keja suami  dekat.dia da smpai dlu dari aku.

Aku rileks je la tp sbnarnya dlm hati bedebar.yola,nk bersalin.siap mandi,kemas beg baby n bawakla beberapa pakaian aku.dlm kul 1.30 smpai la aku ke GH Melaka.trus gerak ke wad bersalin di tingkat 2,bangunan baru.
Mmg ramai mak-mak buyung dok menunggu untuk di check aritu.sorg-sorg ibu yang dah bersalin ditolak kuar dengan bby diorg.emm..time aku bile la plak.

Aku di check oleh doctor muda perempuan (rasanya,doc pelatih kot,muda sangat).bukaan dlm 2cm.so,nurse bgtau aku akan admit wad biasa sbb bukaan xbesar lg n in case bersalin mlm ni.duduk la aku dalam wad kelas pertama,bersenang lenang.sakit pun da xde.dtg contraction 40minit je.
Nurse yg dtg untuk check bp pun dieorg tye,ada sakit x kak?aku ckp la xde... smpai la esok pagi,ari khamis.
Hari khamis,17mei..doc pakar dtg n die tye aku,ada contraction x?aku geleng kepala.then,die bgtau yg aku kne discharge ari ni sbb xde tnda nk bersalin lg.dlm pkul 1ptg,suami amik untuk blik.

Bgusnye balik aritu,nenek aku da siap kan  cekodok udang geragau untuk aku.mcm tau-tau je aku nk mkn cekodok.actually,aku pernah ckp ngan nenek aku nk makan cekodok udang sbb aku ternampak org melanggai udang geragau kt pantai depan umah nenek.nek cakap,ini bby yang nak makan ni,sbb tu die xnk kuar lg semalam.ye lah nek...

Mlm tu,sbelum tido,mak ckp klu sakit datang 15minit-15minit,trus g hospital.dlm pukul 12.50tgh mlm,aku da sakit 15minit.aku kejutkan suami.sofea pulak awal2 aku da hantar ke umah nenek.takut die nk ikut sekli,susah plak aku.
Kiteorg pun gerak ke hospital.dr umah aku ke bandar melaka adalah dalam 40minit.sempatla tuang minyak kt petronas masjid tanah.satu-satunya stesyen minyak yg bkak pg tu.

Smpai wad bersalin dlm kul 1lebih,doc check bukaan aku.bru 4cm.selang brape jam,aku da mula nk meneran.nurse kte xdpt nk tolk aku msuk labour room sbb ktil penuh.terpksala aku dok kt kerusi belakang kaunter.nurse suruh dok situ sbb risaukan aku.

Kul 4.30pg,nurse tolak aku ke labour room no.5.dlm hati aku,nsib baik xbersalin kt kerusi td.klu x,jd sejarah tau.mmg xthn sgt smpai nurse dtg bg aku oksigen utk bntu aku kawal breath.xlme kemudian,dtg doc pkar die check bukaan,dah 8cm,n die pecahkan air ketuban aku.doc pesan kt aku supaya aku dpt bersalin normal n xnk vacuum(sbb sofea dlu trpksa vacuum,aku xpndai lg meneran).

Ketua jururawat bersama 2org lg nurse dtg untuk buat persiapan aku nk bersalin.dgn kata-kata semangat dr diorg plus suami aku yg kukuh memegang tangan aku memberi kata semangat " boleh ma,sikit lagi ma,hah,da nmpk kepala die mama!",akhirnya,dengan 2,3kali teran,lahirla bby boy,berat 2.9kg ke dunia tepat pkul 6.06pg,hari jumaat, 18 mei 2012.

Alhamdulillah...umar wafiy,anak mama penambah ksih sayang ma,abah dan kakak.

Khamis, 18 Ogos 2011

Sirah Rasulullah (pt 2)

Mendapatkan ibu pengasuh

menurut amalan golongan atasan Mekah,bayi yang baru lahir diserahkan kepada seorang ibu pengasuh untuk dibela ssehinggalah bayi itu agak besar sedikit.Ibu-ibu pengasuh itu biasanya datang dari org2 yg tinggal di kwsn pdg pasir yg mmg mengambil upah dari kerja2 mengasuh.kediaman di pdg pasir dikira sesuai kerana persekitarannya luas,bebas dan menyegarkan.

semasa nabi muhammad berusia beberapa hari,dtglah ibu2 pengasuh dgn satu kafilah.hampir kesemua pengsuh2 beroleh bayi asuhan masing2 kecuali seorg pengasuh yg bernma Halimah Saadiah yg berbdan kurus dan sudah berumur.

wlaupun sudah smpai masa utk kafilah bertolak pulang,Halimah masih keberatan menerima Muhamad.Bayi yg sudah kematian ayah dan dipangku oleh ibu kandung yg kini bergelar janda tidk mungkin berupaya membayar upah yg setimpal dgn kerja mengasuh yg begitu membebankan.

memandangkan tiada pilihan lain,Halimah pun berunding dgn suaminya Haris,samada utk menerima Muhammad atau tidk.Mereka membuat keputusan menerima Muhammad dari balik dgn tangan kosong.Haris seorg yg pemurah berkata,"manalah tahu ank ini akan membawa tuah kpd kita nanti"

Kuda kurus dn unta tua

Kemarau dan ketiadaan makanan melanda Mekah.Binatang ternakan juga tdk mendpt makanan.Walaupun begitu,Halimah ttp mempunyi seekor kuda yg kurus kering utk tunggangan dan unta betina yg sudah tua utk membekalkan susu.sepnjang perjalanan ke Mekah Halimah sentiasa tertinggal di belakang kerana menunggang kuda yg kurus .halimah menjadi bahan ejekan dan ditertwakan oleh rakan2nya.

setelah mendakap Nabi Muhammad ke dada,Halimah dpti buah dadanya sebak dengan susu,walhal semalam dia tidak dapat menyusukan anaknya sendiri yg menangis kelaparan sepnjang malam.Begitu juga halnya kepada untanya.Puaslh Nabi muhammad dan anak
kandungnya menyusu sehingga kenyang dan tertidur.

Haris berkata,"Halimah,sudah tentu inilah rahmat yg dibawa oleh bayi yang kita terima ini."

Dalam perjalanan pulang,kuda yg kurus td berubah laku dan terus menjadi cergas dan segera meninggalkan kafilah yg telah dihadapan tadi.

Itulah keberkatan dan barakah nya bayi yang mulia ini,Muhammad s.a.w.


tolonglah anak muridku beraya dengan gembira...


Tadi aku terbaca satu berita di Selangor mengenai keluarga miskin yang telah diberi sumbangan oleh pihak gereja,terus aku teringat kisah seorang ank muridku yg sgt kurang berkemampuan.

aku pernah bertnya pdnya,
kenapa die sllu xhadr ke sekolah,memandangkan byk kerja rumah yg aku bekalkan tidk disiapkn dan byk tjuk2 pelajaran yg byk tertinggal.

-die jawab,die menolong ibunya pergi menoreh getah setiap pagi subuh.ibu bapanya telah bercerai, menyebabkn ibunya menyara 4 org ank termasuklah ank muridku ini.ada masanya,kesabaranku terlepas juge bila die sllu tidk siap kerja yg dberi ttpi sdaya upya aku bersabar dn memberinya masa utk menyiapkn kerja tersebut.

nk dikaitkn dgn kes Selangor tu,kwn sejawatku pernh bertanya dengannya,

apa yang awak teringin nk makan masa berbuka puasa?
nak tau apa jwbnya???
-AIR MILO dan AYAM GORENG!.
terdiam skjp kwnku bila mendengar kemahuannya itu.

kwnku bertanya lg,abis dirumah awak biasa mkn ape?
-kdg-kdg telur,kdg2 smbl telur.

Air milo,dpt minum x?
-tak pernh minum cikgu,sabar je la..

tika itu,kwn ku rasa amat sedih sekali dan die berkata pd aku,mmg die berhajat nk sedekah brg2 makanan termasuklah setin milo dan seekor dging ayam.

Difkiranku terlintas satu soalan,ada x ank muridku baju raya,ada x ketupat,rendang ayam ketika raya nti??

aku terfikir bgaimana cara yg betul utk kita saalurkn zkat kpd org2 miskin begini?

mengapa tiada org yg membantu?

cuba bayngkan jika kita berada di tempt ank muridku itu...aku harap supaya org2 @ kakitgn Pusat Zakat atau Jabatan kebajikan masyarakat turun pdg,cari org2 miskin.jgn kita menunggu mereka dtg minta bantuan kerana mereka sendiri tiada duit nk membyr teksi dan bas utk pergi ke pejabat tuan,apalagi nk menelefon.

Apa guna duit pungutan zakat dicanang di media cetak berjuta-juta ttpi org miskin tidak dicari.

Ahad, 7 Ogos 2011

Sirah Nabi Muhammad (part 1)

Lahirnya satu jiwa yang bahagia

Di Mekah iaitu sebuah bandar yang termasyhur di Semenanjung Arab,satu musim bunga yang indah telah terjadi dan ia meninggalkan kenangan yang abadi.Musim bunga ini telah melahirkan satu bunga yang indah dlm bentuk rupa insan. Insan yang dimaksudkan ialah Nabi Muhammad.Baginda telah diputerakan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 22 April 571 Tahun Masihi.

Baginda lahir di dalam keluarga yang amat mulia.Ayahandanya,Abdullah ialah seorang yang baik budi pekertinya.Bondanya Aminah ialah seorang yang berhemah tinggi.Datuknya sebelah bapa,Abdul Mutalib ialah ketua bandar Mekah dan ketua kaum Quraisy iaitu kaum yang terkenal.

Abdullah hidup tidak lama.Beliau tinggal bersama ibu bapa Aminah selama tiga hari selepas bernikah,iaitu mematuhi adat kaumny sebelum membawa Aminah tinggal di rumahnya sendiri.Tidak lama kemudian,Abdullah jatuh sakit di Madinah semasa pulang dari urusan perniagaan di Syam(Syria).Mayatnya dikebumikan di Madinah.

Pemergian Abdullah sangat mengejutkan dan telah menyebabkan perasaan kehilangan kepada Aminah dan Abdul Mutalib serta keluarganya.

Cahaya dalam kegelapan

Kesugulan yang menyelubungi keluarga Abdullah berakhir dengan kelahiran Nabi Muhammad.

Apabila berit kelahiran sampai kepada AAbdul Mutalib,beliau segera menutup perniagaannya dan berkejar ke rumah Aminah.Setelah puas menatap dan mencium cucunya itu,Abdul Mutalib membawa cucunya kehadapn Kaabah dan mendoakan agar cucunya itu dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan yang tidak terhingga.Selesai berdoa dan bersembahyang barulah dikembalikan cucunya ke pangkuan Aminah.Setelah berfikir panjang ,beliau memberi nama "Yang Terpuji" dalam bahasa Arab kepada bayi kecil itu.Walaupun nama itu tidak banyak dipakai pada zaman itu,beliau merasakan nama itu begitu cocok dengan perawakan cucunya yang kelihatan amat cerah dan cerdik itu.

Ada tetamu yang datang semasa Abdul Mutalib membuat kenduri bertanya, "mengapakah nama Muhammad yang dipilih? ,satu nama yang jarang didengar".
Jawabnya,"Harapanku agar cucuku menjadi tumpuan pujian dan sanjungan mesyarakat dari hidup hingga matinya"



============================================

Sumber ini aku ambil dan taip semula dari buku Riwayat Rasulullah.Sekadar utk menyebarkan kepada umat islam agar tahu ttg perjalanan kehidupan Rasulullah.Moga kita bertambah cinta dan sayang kepadanya.

Isnin, 13 Jun 2011

beast fan meeting tour


ptg td aku tgok Out n About 2AM kt Astrohitz.Diorg wat showcase sponsor by Digi.antra aktv dorg mse di KL.diorg belajr pkai kain sarong,buat teh tarik n tebar roti canai.

pastu kluar iklan ttg Beast nk dtg Msia n Astrohitz nk bg tket free.kne la layar astrohitz facebook.aku pun ape lg,trus bkk tenet n g la kt fcebook die.

terpampanglah gmbr hero2 pujaanku beserta form yg perlu diisiklu nk dpt tiket free.aku pun ape lg,tnpa meliht tarikh dn masa showcase,trus isi form.dlm hti,berkira2 ank aku nti nk soh husbnd aku jge.hahah..

bru sekerat jln,mata aku terlihat lah tarikh dan masenye.1 julai 2011,8.30pm.trus aku tgok klendar.warghhhhh....xleh g!!!esoknye sekolah aku ade larian 1malaysia.cedeynyeee....

bru berangan nk tgok yoseob......cissss..

Sabtu, 4 Jun 2011

bila isteri membebel


sebagai seorang perempuan,kita xpenah lari dr membebel ataupun berleter.da jd mcm isi dn kuku kan.wlaupun lelaki pun ade yg membebel tp rsanya perempuan lbih byk dan kerap membebel dan bersungut.

klu sehari xbersungut ,tidak sah.ada je nk dibebel.kdg2 hal kecik pun leh jd besar.

rungutan yg biasa adalah bila encik husband x menjlnkan tugas atau kerja rumah bersama2.betul x?

hehe..mcm aku la jgk,xlari dr membebel kt encik husband.sian laki aku.

Antara ayat yg slalu mluncur laju klu da pns tu mcm "awak kena la tukar sikit perangai awak tu..".
xpun, "B ni susah sgt nk tolong mama".

tp alhamdulillah la,selama aku berkawin ngan encik husband,jarang sgt die lawan balik ape ckp.biasanya,die akn diam n minta maaf klu betul die salah.

kata dia,"B xleh lawan.sbb mama mesti nk menang jgk"
hikhik..bertuah aku.



selamat pengantin baru,sis!!



salam semua....

ari ni nk upload pic my sister in law kawin.sebenarnye mjlis ni dh lme.bln 4 aritu,tp da berkepam kat dlm lptop.

mne taknye,asik melayan Kpop je.hehe.

mjls berlangsung 3 hari 3 malam di rumah bapa mentua aku di Tmn Universiti,Skudai.ramai le org,xmenang tgn aku bekerja.

(woi..bknnye ko yg wat keje,ibu ko yg wat keje.tq ye ibu @ Pn.Mastura,yg byk mbantu dan mmasak)

ape citer ni,pengapit bwk ank sekali?


selamat pengantin baru to Fatin dan Yusman.