Isnin, 5 Mei 2014

PUCUK PIMPINAN NEGARA

•      Kepimpinan negara terdiri daripada ketua negara
•      Ketua negara dari istilah fiqah ialah khalifah atau imam .
•      Tujuan utama dalam amanah kepimpinan ialah seruan ke arah kebaikan dan pencegahan daripada kemungkaran

PUCUK PIMPINAN NEGARA
•      Kepimpinan negara terdiri daripada ketua negara
•      Ketua negara dari istilah fiqah ialah khalifah atau imam .
•      Tujuan utama dalam amanah kepimpinan ialah seruan ke arah kebaikan dan pencegahan daripada kemungkaran

KEWAJIPAN PUCUK PIMPINAN NEGARA


•      Agama dipelihara
•      Pendidikan masyarakat
•      Kehakiman yang adil
•      Keamanan
•      Kemajuan ekonomi
•      Mengawal kewangan negara
•      Kebajikan masyarakat
•      Sistem kesihatan masyarakat
•      Pelantikan pegawai yang jujur

1.    AGAMA DIPELIHARA

•      Al-Mawardi: kepimpinan diasaskan bagi menggantikan tugas kenabian dalam menjaga agama dan mentadbir dunia
•      Sistem pendidikan dari aspek tauhid, akidah, kefahaman Islam yang benar mesti menjadi teras agenda negara
•      Fahaman menyeleweng, melampau, sesat dihapuskan
•      Sistem tauliah mengajar agama.

2.    PENDIDIKAN MASYARAKAT

•      Penekanan aspek keimanan yang sebenar dalam sistem pendidikan
•      Penekanan kejayaan dalam akademik seperti sains, sains sosial, ekonomi, undang-undang dengan dihiasi iman dan akhlak mulia

3.    KEHAKIMAN YANG ADIL

•      Terpisah daripada pihak kerajaan
•      Tidak wujud campur tangan dalam bidang kehakiman
•      Sesiapa sahaja adalah sama di dalam mahkamah
•      Hakim dipilih berilmu, berintegriti

4.    KEAMANAN
·         Tentera, polis
·         Al-mawardi: pemeliharaan kawasan dan tanah daripada orang luar agar masyarakat dapat melakukan aktiviti transaksi dan bergerak dengan selamat tanpa ancaman terhadap diri dan harta

5.    KEMAJUAN EKONOMI
·         Bertanggungjawab memajukan ekonomi, menyediakan prasarana dan kemudahan (jalan raya yang baik, bekalan elektrik dan air bersih dsb), pembangunan dan projek bagi kemudahan masyarakat
·         Memikirkan kaedah dan peluang pekerjaan
·         Berusaha merancakkan ekonomi dengan pelbagai aktiviti

6.    MENGAWAL KEWANGAN NEGARA
·         Penubuhan kementerian kewangan, bank negara
·         Zaman awal Islam: baitulmal (mengutip cukai, mengagihkannya) dan kutipan dari harta rampasan perang
·         Cukai dibenarkan dengan syarat tak zalim, tak secara lanun, tak secara kuku besi, tak bebankan masyarakat
·         Pengenalan cukai baru, kutipan, pengurangan dan pemansuhan cukai boleh dibuat dari masa ke semasa, ambil kira kepentingan negara dan kebajikan masyarakat

7.    KEBAJIKAN MASYARAKAT
·         Kebajikan tidak bermakna semua percuma
·         Kawalan harga, bantuan wang, makanan, diskaun, subsidi, prihatin dan segera salur bantuan adalah usaha kebajikan yang baik
·         Nabi s.a.w. tak tetapkan harga syiling apabila berlaku kenaikan harga barang
·         Ada penetapan harga syiling yang baik, adil, zalim

8.    SISTEM KESIHATAN MASYARAKAT
·         Penyediaan prasarana kesihatan masyarakat
·         Kos, caj rawatan berpatutan
·         Peluang rawatan percuma/kos minimum
·         Penyediaan air bersih

9.    PELANTIKAN PEGAWAI YANG JUJUR
·         Pelantikan berasaskan ilmu, berpengetahuan, berintegriti, bersifat mulia (jujur, amanah, cekap, tekun, dsb)
·         Ibnu taimiyyah: wajib meminta bantuan dengan ahli yang benar dan adil
·         Umar al-khattab: sesiapa yang melantik seorang lelaki sedangkan ada yang lebih diredhai Allah maka dia telah mengkhianati Allah, Rasulnya dan orang beriman




RUJUKAN:
Mohammad Nidzam Abdul Kadir(2013).Indahnya Kenegaraan Islam.Telaga Biru Sdn.Bhd:Kuala Lumpur
Dr.Zaharuddin Abdul Rahman(2013).Indahnya Politik Cara Islam.Galeri Ilmu Sdn.Bhd:Selangor.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan