NEGARA ISLAM DAN SYURA
Maksud Negara
Negara ialah konsep yg
merujuk kepada kawasan yang mempunyai tanah,penduduk,system politik dan
undang-undang.dalam istilah bahasa arab,Negara disebut daulah.Istilah ini tidak
digunakan dlm rujukan awal karya sarjana muslim terdahulu sebaliknya lafaz yang
digunakan adalah darr.Dar boleh difahami sebagai kawasan.
Islam syumul sebagai agama
dan Negara
Ada pendapat yang menyatakan
Islam tidak mengambil peduli persoalan Negara.Hal ini bermaksud bahawa Islam
adalah sebuah agama sahaja.pdangan ini
menyamakan islam dengan agama-agama lain yang hanya mementingkan aspek
ibadat khusus dan kerohanian individu.Pendapat yang memisahkan Islam dari aspek
kenegaraan merupakan pendapat yang ditolak oleh para ulama,Islam adalah syumul
meliputi aspek agama,akidah ,ibadah,ekonomi,social,politik,kenegaraan dan
sebagainya.Agama adalah satu bahagian,manakala politik juga satu bahagian,namun
Islam lebih besar dari kedua-duanya.Hasan Al-Banna meletakkan satu kaedah dalam
Usul Dua Puluh yang menerangkan tentang Islam.Kaedahnya ialah;
Islam ialah sistem yang
meliputi aspek kehidupan seluruhnya.maka Islam ialah Negara dan tanah air atau
kerajaan dan umat.Islam adalah akhlak dan kekuatan atau rahmat dan adil.Islam
adalah budaya dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman.Islam ialah benda dan
harta atau usaha dan kekayaan.
Ciri-ciri sebuah Negara
Islam;
1.Pelaksanaan syariat Islam
atau hokum hakam dalam sesuatu kawasan
Maka mana-mana Negara yang
melaksanakan syariat Islam,maka itu ialad dar al-Islam walaupun majorititi
penduduknya bukan Islam.Namun dengan terzahirnya perlaksaan hokum syariat Islam
menjadi asas kepada dar al-Islam.Sebaliknya Negara yang majoritinya ialah umat
Islam tetapi tidak melaksanakan syariat Islam,maka itu bukan dar
al-Islam.Berdasarkan teori tersebut,semua Negara atau majority Negara dalam OIC
tidak dikira dar al-islam kerana perlaksanaan hokum syariat tidak berlaku
sepenuhnya dengan baik.
2.Kawasan yang terzahir
dakwah Islam dalam kalangan masyarakatnya.
3.Umat Islam mendapat
keamanan dan perlindungan bagi diri dan agamanya.
Dalam konteks
semasa,penetapan keamanan dan perlindungan bagi masyarakat muslim yntuk
hidup,bekerja dan mengamalkan ajaran Islam ialah asas yang paling utama.
Yang dapat disimpulkan
ialah:
1.Negara yang baik ialah
Negara yang menegakkan agama,memakmurkan ekonomi,menjaga keamanan dan
kestabilan Negara,menegakkan keadilan ,memastikan kedaulatan undang-undang dan
kebajikan Negara.
2.perlu wujud kerjasama
anatara setiap pi9hak.Pihak kerajaan dan pembangkang harus dan wajar
bekerjasama untuk islah.
3.Prinsip amar makruf nahi
mungkar dan prinsip nasihat adalah dua elemen penting dalam politik
Negara.Bangkangan bukanlah atas dasar permusuhan dan kebencian.
4.Nilai akhlak amat
diperlukan dalam politik yang mencabar.
5.Maqasid syariah adalah
teras pemanduan dalam pentadbiran Negara.
SYURA
Kata
( شورى ) Syûrâ terambil dari kata ( شاورة- مشاورة- إستشاورة) menjadi ( شورى ) Syûrâ. Kata Syûrâ bermakna mengambil dan
mengeluarkan pendapat yang terbaik dengan menghadapkan satu pendapat dengan
pendapat yang lain.Dalam Lisanul ‘Arab berarti memetik dari serbuknya dan
wadahnya. Kata ini terambil dari kalimat (شرت العسل)
saya mengeluarkan madu dari wadah
Syura merupakan asas yang
penting dalam pentadbiran.Asas syura difirmankan dalam Al-Quran:
وَٱلَّذِينَ ٱسۡتَجَابُواْ
لِرَبِّهِمۡ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَمۡرُهُمۡ شُورَىٰ بَيۡنَهُمۡ وَمِمَّا
رَزَقۡنَٰهُمۡ يُنفِقُونَ ٣٨
38. Dan juga (lebih baik dan lebih kekal
bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta
mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan
sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;
Nas
Ayat ini menjelaskan tentang sebahagian sifat golongan Ansar.Mereka
bermesyuarat dalam sesuatu perkara dam mematuhi keputusan yang dibuat dalam
mesyuarat.Dalam pentadbiran Negara,mesyuarat cabinet termasuk dalam konsep syura.Laporan
setiap kementerian diambil kira.begitu juga mesyuarat peringkat kementerian dan
jabatan dsbgainya merupakan manifestasi kepada konsep syura.
Syura
boleh dilaksanakan dalam pelbagai perkara.Antaranya:
1.Perkara
yang tiada nas syarak.
2.perkara
yang ada nas syarak tetapi tidaklah muktamad.Hal ini kerana wujud beberapa
tafsiran para ulama terhadap nas tersebut.
3.Perkara
yang mempunyai nas syarak yang muktamad maka syura bertujuan membincangkan
kaedah perlaksananan.
4.perkara-perkara
teknikal yang diketahui pakar-pakar sahaja.
Rumusannya:
Musyawarah yang
diperbolehkan adalah musyawarah yang berkaitan dengan masalah-masalah duniawi
saja, seperti membangun tempat ibadah, sekolah, fasiliti umum dan lain
sebagainya. Sementara dalam masalah aqidah dan ibadah khusus, tidak ada
musyawarah. Hal ini pernah dicontohkan oleh Nabi ketika beliau diajak
bermusyawarah oleh kaum kafir Qurais pada awal penyebaran agama Islam, beliau
diajak oleh kafir qurais untuk bergantian menyembah sembahannya, hari ini
beliau menyembah sembahan kafir quraisy besoknya kafir qurais yang menyembah
sembahan beliau iaitu Allah. Kemudian Allah menurunkan surat Al Kafiruun yang
menegaskan “Katakanlah: “Hai orang-orang kafir,aku tidak akan menyembah apa
yang kamu sembah. dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah
TataCara
Musyawarah
Rasulullah
mempunyai tata cara bermusyawarah yang sangat bervariasi ; (1) Kadang kala
seseorang memberikan pertimbangan kepada beliau , lalu beliau melihat pendapat
itu benar , maka beliau mengamalkannya (2) Kadang – kadang beliau bermusyawarah
dengan dua atau tiga orang saja (3) Kadang kala beliau juga bermusyawarah
dengan seluruh massa melalui cara perwaklian .
Dari beberapa tata cara bermusyawarah Rasulullah diatas kita dapat menyimpulkan
bahwa tatacara musyawarah , anggota musyawarah bias selalu berkembang sesuai
dengan keperluan dan perkembangan zaman , tetapi hakikat musyawarah harus
selalu tegak ditengah masyarakat dan Negara .
Adapun hal – hal yang harus dimusyawarahkan dengan seluruh umat , baik langsung
mahupun melalui perwakilan , dan ada hal – hal yang cukup dimusyawarahkan
dengan pemimpin (ulil amri) , ulama , cendekiawan , dan pihak - pihak berkuasa lainnya
, tetapi tetap dan tidak boleh tidak harus dengan
semangat kebenaran dan kejujuran . Yang dicari dalam musyawarah adalah
kebenaran bukan kemenangan .
Sikap Bermusyawarah
Supaya musyawarah dapat berjalan dengan lancar dan penuh persahabatan , firman
Allah dalm surat Ali Imran ayat 159 :
Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap
mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka
menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah
ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu .
Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada
Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
(Ali Imran : 159)
Dapat kita lihat Allah SWT mengisyaratkan ada beberapa sikap yang harus
dilakukan dalam bermusyawarah , iaitu sikap lemah lembut , pemaaf , dan memohon
ampunan Allah SWT .
1. Lemah Lembut
Seseorang yang melakukan musyawarah , apalagi sebagai pimpinan harus
menghindari tutur kata yang kasar serta sikap keras kepala , jika tidak , mitra
musyawarah akan tidak menghormati pemimpin musyawarah.
2. Pemaaf
Setiap orang yang bermusyawarah harus menyiapkan mental untuk selalu bersedia
memberi maaf . Karena mungkin saja ketika musyawarah terjadi perbedaan pendapat
, atau keluar kalimat – kalimat yang menyinggung pihak lain . Dan bila itu
masuk kedalam hati , akan mengeruhkan pikiran , bahkan boleh jadi musyawarah
berubah menjadi pertengkaran .
3. Mohon Ampunan Allah SWT
Untuk
mencapai hasil yang terbaik ketika musyawarah , hubungan dengan Tuhan pun harus
harmonis . Oleh sebab itu , semua anggota musyawarah harus senantiasa
membersihkan diri dengan cara memohon ampun kepada Allah SWT baik untuk diri
sendiri , mahupun anggota musyawarah lainnya .