Isnin, 5 Mei 2014

ILMU NASIKH WA MANSUKH
DEFINISI NASIKH
Nasikh dari segi Bahasa bermaksud hukum syara’ yang menghapuskan, yang menghilangkan (al-izaalat), yang mengutip, yang mengubah, yang memindahkan (an-naql), yang memalingkan (at-tahwiil) dan yang mengganti, yang menukar (at-tabdiil). Dari segi istilah pula membawa maksud hukum syara’ yang menghapus, mengubah dalil syara’ yang terdahulu dan menggantikannya dengan hukum baru yang di bawahnya.[1]
DEFINISI MANSUKH
Mansukh dari segi bahasa membawa maksud  yang dihapus, yang diganti, yang dibatalkan, yang dihilangkan, yang dipindah, yang disalin dan yang dinukil. Dari segi istilah pula bermaksud hukum syara’ yang diambil dari dalil syara’ yang sama, yang belum diubah, dibatalkan dan diganti dengan hukum syara’ yang baru yang datang kemudian kerana adnya perubahan situasi dan kondisi yang menghendaki perubahan dan penggantian hukum tadi.
DEFINISI NASIKH MANSUKH
Nas yang datang kemudian menunjukkan bahawa tempoh pemakaian sesuatu hukum yang terdahulu telah tamat. Hadis yang datang kemudian yang membawa hukum yang baru dinamakan nasikh dan hadis yang ditamatkan pemakaiannya dinamakan hadis mansukh.[2]
HIKMAH BERLAKUNYA NASAKH
  1. Mengambil kira keadaan dan situasi masyarakat seperti larangan memerangi musyrikin kerana keadaan orang Islam yang masih lemah. Tetapi apabila mereka sudah kuat maka mereka diperintah untuk berperang. Dengan berlaku nasakh, keimanan sahabat telah diuji dalam menerima dan mengamalkan sesuatu hukum.
  2. Satu bentuk ujian dari Alllah kepada orang beriman supaya menerima dengan hati yang lapang dan terbuka.  
  3. Hadis nasikh membawa hukum yang lebih ringan dan mudah diamalkan, sesuai dengan prinsip kemudahan yang menjadi matlamat syariat di dalam hukumnya.
BAGAIMANA NASAKH DAPAT DIBUKTIKAN
  1. Pernyataan oleh Rasulullah s.a.w.
عَنْ ابْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا
صحيح مسلم١٦٢٣
Maksudnya: Daripada Buraidah, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dahulu aku melarang kamu dari menziarahi kubur. Sekarang kamu ziarahilah..” (Sahih Muslim : 1623)[3]                                    
  1. Penjelasan sahabat
عن أبي بن كعب أنه قال: يا رسول الله، إذا جامع الرجل المرأة فلم ينزل؟
 قال: يغسل ما مس المرأة منه، ثم يتوضأ ويصلي
Maksudnya:Daripada Ubay bin Kaab bahawa beliau bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana apabila seseorang menyetubuhi isterinya tetapi tidak mengeluarkan mani?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Hendaklah dia membasuh bahagian yang terkena oleh perempuan itu kemudian berwudu dan bolehlah bersembahyang”. 
Hadis ini menunjukkan bahawa tidak wajib mandi apabila melakukan iksal[4] kerana penyebab kepada wajibnya mandi ialah inzal. Pensyariatan ini di permulaan Islam dan berterusan hingga selepas hijrah. Kemudian diapati riwayat daripada Aishah:
إن الزهري قد سأل عروة فأجابه عروة أن عائشة رضي الله عنها حدثته أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يفعل ذلك ولم يغتسل, وذلك قبل فتح مكة ثم اغتسل بعد ذلك وأمر الناس بالغسل.
Maksudnya: Al-Zuhri bertanya kepada Urwah, beliau menjawab bahawa Aishah telah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. sering melakukan begitu dan tidak mandi dan itu sebelum pembukaan Mekah. Setelah itu baginda mandi dan memerintahkan manusia supaya mandi.
  1. Petunjuk ijmak
Salah satu tanda hadis itu dimansukhkan iaitu khabar ahad bercanggah dengan ijmak. Berdalilkan kepada ijmak, hadis itu dihukumkan sebagai mansukh bukan bermaksud ijmak yang memansukhkannya.
سنن الترمذي ١٣٦٤:
عَنْ مُعَاوِيَةَ قَالَ:قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ فَاجْلِدُوهُ فَإِنْ عَادَ فِي الرَّابِعَةِ فَاقْتُلُوهُ قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَالشَّرِيدِ وَشُرَحْبِيلَ بْنِ أَوْسٍ وَجَرِيرٍ وَأَبِي الرَّمَدِ الْبَلَوِيِّ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ مُعَاوِيَةَ هَكَذَا رَوَى الثَّوْرِيُّ أَيْضًا عَنْ عَاصِمٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ مُعَاوِيَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَوَى ابْنُ جُرَيْجٍ وَمَعْمَرٌ عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَمِعْت مُحَمَّدًا يَقُولُ حَدِيثُ أَبِي صَالِحٍ عَنْ مُعَاوِيَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي هَذَا أَصَحُّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَإِنَّمَا كَانَ هَذَا فِي أَوَّلِ الْأَمْرِ ثُمَّ نُسِخَ بَعْدُ هَكَذَا رَوَى مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَقَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ فَاجْلِدُوهُ فَإِنْ عَادَ فِي الرَّابِعَةِ فَاقْتُلُوهُ قَالَ ثُمَّ أُتِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدَ ذَلِكَ بِرَجُلٍ قَدْ شَرِبَ الْخَمْرَ فِي الرَّابِعَةِ فَضَرَبَهُ وَلَمْ يَقْتُلْهُ وَكَذَلِكَ رَوَى الزُّهْرِيُّ عَنْ قَبِيصَةَ بْنِ ذُؤَيْبٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَ هَذَا قَالَ فَرُفِعَ الْقَتْلُ وَكَانَتْ رُخْصَةً وَالْعَمَلُ عَلَى هَذَا الْحَدِيثِ عِنْدَ عَامَّةِ أَهْلِ الْعِلْمِ لَا نَعْلَمُ بَيْنَهُمْ اخْتِلَافًا فِي ذَلِكَ فِي الْقَدِيمِ وَالْحَدِيثِ وَمِمَّا يُقَوِّي هَذَا مَا رُوِيَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ أَوْجُهٍ كَثِيرَةٍ أَنَّهُ قَالَ لَا يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَّا بِإِحْدَى ثَلَاثٍ النَّفْسُ بِالنَّفْسِ وَالثَّيِّبُ الزَّانِي وَالتَّارِكُ لِدِينِهِ
Maksudnya: Dari Mu'awiyah ia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang minum khamr maka deralah ia, jika ia mengulangi keempat kalinya maka bunuhlah." Ia mengatakan dalam hal ini ada hadis serupa dari Abu Hurairah, Asy Syarid, Syurahbil bin Aus, Jarir, Abu Ar Ramad Al Balawi dan Abdullah bin Amr. Abu Isa berkata Hadis Mu'awiyah adalah seperti ini, Ats Tsauri meriwayatkan juga dari 'Ashim dari Abu Salih dari Mu'awiyah dari Nabi s.a.w. Ibnu Juraij dan Ma'mar meriwayatkan dari Suhail bin Abu Salih dari ayahnya dari Abu Hurairah dari Nabi s.a.w. ia mengatakan: Aku mendengar Muhammad mengatakan; Hadis Abu Salih dari Mu'awiyah dari Nabi s.a.w. dalam hal ini adalah lebih sahih daripada Hadis Abu Salih dari Abu Hurairah dari Nabi s.a.w. dan sesungguhnya hal ini terjadi pada awal perintah kemudian dihapus setelah itu. Demikianlah Muhammad bin Ishaq meriwayatkan dari Muhammad bin Al Munkadir dari Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w., baginda bersabda: "Barangsiapa yang meminum khamr maka deralah ia, dan jika ia mengulangi keempat kalinya, bunuhlah ia." Ia melanjutkan; kemudian didatangkan setelah itu kepada Nabi s.a.w. seseorang yang telah meminum khamr keempat kalinya, namun baginda hanya memukul dan tidak membunuhnya. Dan demikianlah Az Zuhri meriwayatkan dari Qabishah bin Dzu`aib dari Nabi s.a.w. seperti hadis ini. Ia melanjutkan; maka dihapuslah pembunuhan sebagai keringanan. Hadis ini menjadi pedoman amal menurut majoriti ulama, tidak kami ketahui ada perselisihan di antara mereka dari banyak sisi kerana baginda pernah bersabda: "Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi bahwa tidak ada sembahan yang haq selain Allah dan aku adalah utusan Allah kecuali salah satu dari tiga orang; Jiwa dibalas dengan jiwa (orang yang membunuh orang lain), orang tua yang berzina, dan orang meninggalkan agamanya." (Sunan Termizi : 1364)[5]


RUJUKAN
1.    Ensiklopedi Islam. Nasikh dan Mansukht. 2002. PT Ichtiar Baru van Hoeve. Jakarta.
2.    Ensiklopedi Hadits Kitab 9 Imam. 2010.  Lidwa Pusaka
3.    http://shofiulloh.blogspot.com/2009/04/nasikh-dan-mansukh.html
5.    Prof Dr Abdul Wahab Khalaf. 1994. Kaidah Kaidah Hukum Islam. PT Raja Grafindo Persada. Jakarta.






[1] Ensiklopedi Islam. Nasikh dan Mansukht. 2002. PT Ichtiar Baru van Hoeve. Jakarta.
[2] Prof Dr Abdul Wahab Khalaf . 1994. Kaidah Kaidah Hukum Islam. PT Raja Grafindo Persada. Jakarta.
[3] Ensiklopedi Hadits Kitab 9 Imam. 2010.  Lidwa Pusaka
[4] Iksal: Persetubuhan tanpa mengeluarkan mani, lawannya ialah inzal.
[5] Ensiklopedi Hadits Kitab 9 Imam. 2010.  Lidwa Pusaka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan