Isnin, 5 Mei 2014

NEGARA ISLAM DAN SYURA
Maksud Negara

Negara ialah konsep yg merujuk kepada kawasan yang mempunyai tanah,penduduk,system politik dan undang-undang.dalam istilah bahasa arab,Negara disebut daulah.Istilah ini tidak digunakan dlm rujukan awal karya sarjana muslim terdahulu sebaliknya lafaz yang digunakan adalah darr.Dar boleh difahami sebagai kawasan.

Islam syumul sebagai agama dan Negara

Ada pendapat yang menyatakan Islam tidak mengambil peduli persoalan Negara.Hal ini bermaksud bahawa Islam adalah sebuah agama sahaja.pdangan ini  menyamakan islam dengan agama-agama lain yang hanya mementingkan aspek ibadat khusus dan kerohanian individu.Pendapat yang memisahkan Islam dari aspek kenegaraan merupakan pendapat yang ditolak oleh para ulama,Islam adalah syumul meliputi aspek agama,akidah ,ibadah,ekonomi,social,politik,kenegaraan dan sebagainya.Agama adalah satu bahagian,manakala politik juga satu bahagian,namun Islam lebih besar dari kedua-duanya.Hasan Al-Banna meletakkan satu kaedah dalam Usul Dua Puluh yang menerangkan tentang Islam.Kaedahnya ialah;

Islam ialah sistem yang meliputi aspek kehidupan seluruhnya.maka Islam ialah Negara dan tanah air atau kerajaan dan umat.Islam adalah akhlak dan kekuatan atau rahmat dan adil.Islam adalah budaya dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman.Islam ialah benda dan harta atau usaha dan kekayaan.

Ciri-ciri sebuah Negara Islam;

1.Pelaksanaan syariat Islam atau hokum hakam dalam sesuatu kawasan
Maka mana-mana Negara yang melaksanakan syariat Islam,maka itu ialad dar al-Islam walaupun majorititi penduduknya bukan Islam.Namun dengan terzahirnya perlaksaan hokum syariat Islam menjadi asas kepada dar al-Islam.Sebaliknya Negara yang majoritinya ialah umat Islam tetapi tidak melaksanakan syariat Islam,maka itu bukan dar al-Islam.Berdasarkan teori tersebut,semua Negara atau majority Negara dalam OIC tidak dikira dar al-islam kerana perlaksanaan hokum syariat tidak berlaku sepenuhnya dengan baik.

2.Kawasan yang terzahir dakwah Islam dalam kalangan masyarakatnya.

3.Umat Islam mendapat keamanan dan perlindungan bagi diri dan agamanya.
Dalam konteks semasa,penetapan keamanan dan perlindungan bagi masyarakat muslim yntuk hidup,bekerja dan mengamalkan ajaran Islam ialah asas yang paling utama.
Yang dapat disimpulkan ialah:
1.Negara yang baik ialah Negara yang menegakkan agama,memakmurkan ekonomi,menjaga keamanan dan kestabilan Negara,menegakkan keadilan ,memastikan kedaulatan undang-undang dan kebajikan Negara.
2.perlu wujud kerjasama anatara setiap pi9hak.Pihak kerajaan dan pembangkang harus dan wajar bekerjasama untuk islah.
3.Prinsip amar makruf nahi mungkar dan prinsip nasihat adalah dua elemen penting dalam politik Negara.Bangkangan bukanlah atas dasar permusuhan dan kebencian.
4.Nilai akhlak amat diperlukan dalam politik yang mencabar.
5.Maqasid syariah adalah teras pemanduan dalam pentadbiran Negara.

SYURA

Kata ( شورى ) Syûrâ terambil dari kata ( شاورة- مشاورة- إستشاورة) menjadi ( شورى ) Syûrâ. Kata Syûrâ bermakna mengambil dan mengeluarkan pendapat yang terbaik dengan menghadapkan satu pendapat dengan pendapat yang lain.Dalam Lisanul ‘Arab berarti memetik dari serbuknya dan wadahnya. Kata ini terambil dari kalimat (شرت العسل) saya mengeluarkan madu dari wadah

Syura merupakan asas yang penting dalam pentadbiran.Asas syura difirmankan dalam Al-Quran:

وَٱلَّذِينَ ٱسۡتَجَابُواْ لِرَبِّهِمۡ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَمۡرُهُمۡ شُورَىٰ بَيۡنَهُمۡ وَمِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ يُنفِقُونَ ٣٨
38. Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;

Nas Ayat ini menjelaskan tentang sebahagian sifat golongan Ansar.Mereka bermesyuarat dalam sesuatu perkara dam mematuhi keputusan yang dibuat dalam mesyuarat.Dalam pentadbiran Negara,mesyuarat cabinet termasuk dalam konsep syura.Laporan setiap kementerian diambil kira.begitu juga mesyuarat peringkat kementerian dan jabatan dsbgainya merupakan manifestasi kepada konsep syura.
Syura boleh dilaksanakan dalam pelbagai perkara.Antaranya:
1.Perkara yang tiada nas syarak.
2.perkara yang ada nas syarak tetapi tidaklah muktamad.Hal ini kerana wujud beberapa tafsiran para ulama terhadap nas tersebut.
3.Perkara yang mempunyai nas syarak yang muktamad maka syura bertujuan membincangkan kaedah perlaksananan.
4.perkara-perkara teknikal yang diketahui pakar-pakar sahaja.

Rumusannya:
Musyawarah yang diperbolehkan adalah musyawarah yang berkaitan dengan masalah-masalah duniawi saja, seperti membangun tempat ibadah, sekolah, fasiliti umum dan lain sebagainya. Sementara dalam masalah aqidah dan ibadah khusus, tidak ada musyawarah. Hal ini pernah dicontohkan oleh Nabi ketika beliau diajak bermusyawarah oleh kaum kafir Qurais pada awal penyebaran agama Islam, beliau diajak oleh kafir qurais untuk bergantian menyembah sembahannya, hari ini beliau menyembah sembahan kafir quraisy besoknya kafir qurais yang menyembah sembahan beliau iaitu Allah. Kemudian Allah menurunkan surat Al Kafiruun yang menegaskan “Katakanlah: “Hai orang-orang kafir,aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah





TataCara Musyawarah

Rasulullah mempunyai tata cara bermusyawarah yang sangat bervariasi ; (1) Kadang kala seseorang memberikan pertimbangan kepada beliau , lalu beliau melihat pendapat itu benar , maka beliau mengamalkannya (2) Kadang – kadang beliau bermusyawarah dengan dua atau tiga orang saja (3) Kadang kala beliau juga bermusyawarah dengan seluruh massa melalui cara perwaklian .

Dari beberapa tata cara bermusyawarah Rasulullah diatas kita dapat menyimpulkan bahwa tatacara musyawarah , anggota musyawarah bias selalu berkembang sesuai dengan keperluan dan perkembangan zaman , tetapi hakikat musyawarah harus selalu tegak ditengah masyarakat dan Negara .

Adapun hal – hal yang harus dimusyawarahkan dengan seluruh umat , baik langsung mahupun melalui perwakilan , dan ada hal – hal yang cukup dimusyawarahkan dengan pemimpin (ulil amri) , ulama , cendekiawan , dan pihak - pihak berkuasa lainnya , tetapi tetap dan tidak boleh
tidak harus dengan semangat kebenaran dan kejujuran . Yang dicari dalam musyawarah adalah kebenaran bukan kemenangan .

Sikap Bermusyawarah

Supaya musyawarah dapat berjalan dengan lancar dan penuh persahabatan , firman Allah dalm surat Ali Imran ayat 159 :

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu . Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (Ali Imran : 159)
Dapat kita lihat Allah SWT mengisyaratkan ada beberapa sikap yang harus dilakukan dalam bermusyawarah , iaitu sikap lemah lembut , pemaaf , dan memohon ampunan Allah SWT .

1. Lemah Lembut

Seseorang yang melakukan musyawarah , apalagi sebagai pimpinan harus menghindari tutur kata yang kasar serta sikap keras kepala , jika tidak , mitra musyawarah akan tidak menghormati pemimpin musyawarah.

2. Pemaaf

Setiap orang yang bermusyawarah harus menyiapkan mental untuk selalu bersedia memberi maaf . Karena mungkin saja ketika musyawarah terjadi perbedaan pendapat , atau keluar kalimat – kalimat yang menyinggung pihak lain . Dan bila itu masuk kedalam hati , akan mengeruhkan pikiran , bahkan boleh jadi musyawarah berubah menjadi pertengkaran .

3. Mohon Ampunan Allah SWT

Untuk mencapai hasil yang terbaik ketika musyawarah , hubungan dengan Tuhan pun harus harmonis . Oleh sebab itu , semua anggota musyawarah harus senantiasa membersihkan diri dengan cara memohon ampun kepada Allah SWT baik untuk diri sendiri , mahupun anggota musyawarah lainnya .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan