Khamis, 18 Ogos 2011

Sirah Rasulullah (pt 2)

Mendapatkan ibu pengasuh

menurut amalan golongan atasan Mekah,bayi yang baru lahir diserahkan kepada seorang ibu pengasuh untuk dibela ssehinggalah bayi itu agak besar sedikit.Ibu-ibu pengasuh itu biasanya datang dari org2 yg tinggal di kwsn pdg pasir yg mmg mengambil upah dari kerja2 mengasuh.kediaman di pdg pasir dikira sesuai kerana persekitarannya luas,bebas dan menyegarkan.

semasa nabi muhammad berusia beberapa hari,dtglah ibu2 pengasuh dgn satu kafilah.hampir kesemua pengsuh2 beroleh bayi asuhan masing2 kecuali seorg pengasuh yg bernma Halimah Saadiah yg berbdan kurus dan sudah berumur.

wlaupun sudah smpai masa utk kafilah bertolak pulang,Halimah masih keberatan menerima Muhamad.Bayi yg sudah kematian ayah dan dipangku oleh ibu kandung yg kini bergelar janda tidk mungkin berupaya membayar upah yg setimpal dgn kerja mengasuh yg begitu membebankan.

memandangkan tiada pilihan lain,Halimah pun berunding dgn suaminya Haris,samada utk menerima Muhammad atau tidk.Mereka membuat keputusan menerima Muhammad dari balik dgn tangan kosong.Haris seorg yg pemurah berkata,"manalah tahu ank ini akan membawa tuah kpd kita nanti"

Kuda kurus dn unta tua

Kemarau dan ketiadaan makanan melanda Mekah.Binatang ternakan juga tdk mendpt makanan.Walaupun begitu,Halimah ttp mempunyi seekor kuda yg kurus kering utk tunggangan dan unta betina yg sudah tua utk membekalkan susu.sepnjang perjalanan ke Mekah Halimah sentiasa tertinggal di belakang kerana menunggang kuda yg kurus .halimah menjadi bahan ejekan dan ditertwakan oleh rakan2nya.

setelah mendakap Nabi Muhammad ke dada,Halimah dpti buah dadanya sebak dengan susu,walhal semalam dia tidak dapat menyusukan anaknya sendiri yg menangis kelaparan sepnjang malam.Begitu juga halnya kepada untanya.Puaslh Nabi muhammad dan anak
kandungnya menyusu sehingga kenyang dan tertidur.

Haris berkata,"Halimah,sudah tentu inilah rahmat yg dibawa oleh bayi yang kita terima ini."

Dalam perjalanan pulang,kuda yg kurus td berubah laku dan terus menjadi cergas dan segera meninggalkan kafilah yg telah dihadapan tadi.

Itulah keberkatan dan barakah nya bayi yang mulia ini,Muhammad s.a.w.


tolonglah anak muridku beraya dengan gembira...


Tadi aku terbaca satu berita di Selangor mengenai keluarga miskin yang telah diberi sumbangan oleh pihak gereja,terus aku teringat kisah seorang ank muridku yg sgt kurang berkemampuan.

aku pernah bertnya pdnya,
kenapa die sllu xhadr ke sekolah,memandangkan byk kerja rumah yg aku bekalkan tidk disiapkn dan byk tjuk2 pelajaran yg byk tertinggal.

-die jawab,die menolong ibunya pergi menoreh getah setiap pagi subuh.ibu bapanya telah bercerai, menyebabkn ibunya menyara 4 org ank termasuklah ank muridku ini.ada masanya,kesabaranku terlepas juge bila die sllu tidk siap kerja yg dberi ttpi sdaya upya aku bersabar dn memberinya masa utk menyiapkn kerja tersebut.

nk dikaitkn dgn kes Selangor tu,kwn sejawatku pernh bertanya dengannya,

apa yang awak teringin nk makan masa berbuka puasa?
nak tau apa jwbnya???
-AIR MILO dan AYAM GORENG!.
terdiam skjp kwnku bila mendengar kemahuannya itu.

kwnku bertanya lg,abis dirumah awak biasa mkn ape?
-kdg-kdg telur,kdg2 smbl telur.

Air milo,dpt minum x?
-tak pernh minum cikgu,sabar je la..

tika itu,kwn ku rasa amat sedih sekali dan die berkata pd aku,mmg die berhajat nk sedekah brg2 makanan termasuklah setin milo dan seekor dging ayam.

Difkiranku terlintas satu soalan,ada x ank muridku baju raya,ada x ketupat,rendang ayam ketika raya nti??

aku terfikir bgaimana cara yg betul utk kita saalurkn zkat kpd org2 miskin begini?

mengapa tiada org yg membantu?

cuba bayngkan jika kita berada di tempt ank muridku itu...aku harap supaya org2 @ kakitgn Pusat Zakat atau Jabatan kebajikan masyarakat turun pdg,cari org2 miskin.jgn kita menunggu mereka dtg minta bantuan kerana mereka sendiri tiada duit nk membyr teksi dan bas utk pergi ke pejabat tuan,apalagi nk menelefon.

Apa guna duit pungutan zakat dicanang di media cetak berjuta-juta ttpi org miskin tidak dicari.

Ahad, 7 Ogos 2011

Sirah Nabi Muhammad (part 1)

Lahirnya satu jiwa yang bahagia

Di Mekah iaitu sebuah bandar yang termasyhur di Semenanjung Arab,satu musim bunga yang indah telah terjadi dan ia meninggalkan kenangan yang abadi.Musim bunga ini telah melahirkan satu bunga yang indah dlm bentuk rupa insan. Insan yang dimaksudkan ialah Nabi Muhammad.Baginda telah diputerakan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 22 April 571 Tahun Masihi.

Baginda lahir di dalam keluarga yang amat mulia.Ayahandanya,Abdullah ialah seorang yang baik budi pekertinya.Bondanya Aminah ialah seorang yang berhemah tinggi.Datuknya sebelah bapa,Abdul Mutalib ialah ketua bandar Mekah dan ketua kaum Quraisy iaitu kaum yang terkenal.

Abdullah hidup tidak lama.Beliau tinggal bersama ibu bapa Aminah selama tiga hari selepas bernikah,iaitu mematuhi adat kaumny sebelum membawa Aminah tinggal di rumahnya sendiri.Tidak lama kemudian,Abdullah jatuh sakit di Madinah semasa pulang dari urusan perniagaan di Syam(Syria).Mayatnya dikebumikan di Madinah.

Pemergian Abdullah sangat mengejutkan dan telah menyebabkan perasaan kehilangan kepada Aminah dan Abdul Mutalib serta keluarganya.

Cahaya dalam kegelapan

Kesugulan yang menyelubungi keluarga Abdullah berakhir dengan kelahiran Nabi Muhammad.

Apabila berit kelahiran sampai kepada AAbdul Mutalib,beliau segera menutup perniagaannya dan berkejar ke rumah Aminah.Setelah puas menatap dan mencium cucunya itu,Abdul Mutalib membawa cucunya kehadapn Kaabah dan mendoakan agar cucunya itu dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan yang tidak terhingga.Selesai berdoa dan bersembahyang barulah dikembalikan cucunya ke pangkuan Aminah.Setelah berfikir panjang ,beliau memberi nama "Yang Terpuji" dalam bahasa Arab kepada bayi kecil itu.Walaupun nama itu tidak banyak dipakai pada zaman itu,beliau merasakan nama itu begitu cocok dengan perawakan cucunya yang kelihatan amat cerah dan cerdik itu.

Ada tetamu yang datang semasa Abdul Mutalib membuat kenduri bertanya, "mengapakah nama Muhammad yang dipilih? ,satu nama yang jarang didengar".
Jawabnya,"Harapanku agar cucuku menjadi tumpuan pujian dan sanjungan mesyarakat dari hidup hingga matinya"



============================================

Sumber ini aku ambil dan taip semula dari buku Riwayat Rasulullah.Sekadar utk menyebarkan kepada umat islam agar tahu ttg perjalanan kehidupan Rasulullah.Moga kita bertambah cinta dan sayang kepadanya.