Ahad, 7 Ogos 2011

Sirah Nabi Muhammad (part 1)

Lahirnya satu jiwa yang bahagia

Di Mekah iaitu sebuah bandar yang termasyhur di Semenanjung Arab,satu musim bunga yang indah telah terjadi dan ia meninggalkan kenangan yang abadi.Musim bunga ini telah melahirkan satu bunga yang indah dlm bentuk rupa insan. Insan yang dimaksudkan ialah Nabi Muhammad.Baginda telah diputerakan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 22 April 571 Tahun Masihi.

Baginda lahir di dalam keluarga yang amat mulia.Ayahandanya,Abdullah ialah seorang yang baik budi pekertinya.Bondanya Aminah ialah seorang yang berhemah tinggi.Datuknya sebelah bapa,Abdul Mutalib ialah ketua bandar Mekah dan ketua kaum Quraisy iaitu kaum yang terkenal.

Abdullah hidup tidak lama.Beliau tinggal bersama ibu bapa Aminah selama tiga hari selepas bernikah,iaitu mematuhi adat kaumny sebelum membawa Aminah tinggal di rumahnya sendiri.Tidak lama kemudian,Abdullah jatuh sakit di Madinah semasa pulang dari urusan perniagaan di Syam(Syria).Mayatnya dikebumikan di Madinah.

Pemergian Abdullah sangat mengejutkan dan telah menyebabkan perasaan kehilangan kepada Aminah dan Abdul Mutalib serta keluarganya.

Cahaya dalam kegelapan

Kesugulan yang menyelubungi keluarga Abdullah berakhir dengan kelahiran Nabi Muhammad.

Apabila berit kelahiran sampai kepada AAbdul Mutalib,beliau segera menutup perniagaannya dan berkejar ke rumah Aminah.Setelah puas menatap dan mencium cucunya itu,Abdul Mutalib membawa cucunya kehadapn Kaabah dan mendoakan agar cucunya itu dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan yang tidak terhingga.Selesai berdoa dan bersembahyang barulah dikembalikan cucunya ke pangkuan Aminah.Setelah berfikir panjang ,beliau memberi nama "Yang Terpuji" dalam bahasa Arab kepada bayi kecil itu.Walaupun nama itu tidak banyak dipakai pada zaman itu,beliau merasakan nama itu begitu cocok dengan perawakan cucunya yang kelihatan amat cerah dan cerdik itu.

Ada tetamu yang datang semasa Abdul Mutalib membuat kenduri bertanya, "mengapakah nama Muhammad yang dipilih? ,satu nama yang jarang didengar".
Jawabnya,"Harapanku agar cucuku menjadi tumpuan pujian dan sanjungan mesyarakat dari hidup hingga matinya"



============================================

Sumber ini aku ambil dan taip semula dari buku Riwayat Rasulullah.Sekadar utk menyebarkan kepada umat islam agar tahu ttg perjalanan kehidupan Rasulullah.Moga kita bertambah cinta dan sayang kepadanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan