Khamis, 18 Ogos 2011

Sirah Rasulullah (pt 2)

Mendapatkan ibu pengasuh

menurut amalan golongan atasan Mekah,bayi yang baru lahir diserahkan kepada seorang ibu pengasuh untuk dibela ssehinggalah bayi itu agak besar sedikit.Ibu-ibu pengasuh itu biasanya datang dari org2 yg tinggal di kwsn pdg pasir yg mmg mengambil upah dari kerja2 mengasuh.kediaman di pdg pasir dikira sesuai kerana persekitarannya luas,bebas dan menyegarkan.

semasa nabi muhammad berusia beberapa hari,dtglah ibu2 pengasuh dgn satu kafilah.hampir kesemua pengsuh2 beroleh bayi asuhan masing2 kecuali seorg pengasuh yg bernma Halimah Saadiah yg berbdan kurus dan sudah berumur.

wlaupun sudah smpai masa utk kafilah bertolak pulang,Halimah masih keberatan menerima Muhamad.Bayi yg sudah kematian ayah dan dipangku oleh ibu kandung yg kini bergelar janda tidk mungkin berupaya membayar upah yg setimpal dgn kerja mengasuh yg begitu membebankan.

memandangkan tiada pilihan lain,Halimah pun berunding dgn suaminya Haris,samada utk menerima Muhammad atau tidk.Mereka membuat keputusan menerima Muhammad dari balik dgn tangan kosong.Haris seorg yg pemurah berkata,"manalah tahu ank ini akan membawa tuah kpd kita nanti"

Kuda kurus dn unta tua

Kemarau dan ketiadaan makanan melanda Mekah.Binatang ternakan juga tdk mendpt makanan.Walaupun begitu,Halimah ttp mempunyi seekor kuda yg kurus kering utk tunggangan dan unta betina yg sudah tua utk membekalkan susu.sepnjang perjalanan ke Mekah Halimah sentiasa tertinggal di belakang kerana menunggang kuda yg kurus .halimah menjadi bahan ejekan dan ditertwakan oleh rakan2nya.

setelah mendakap Nabi Muhammad ke dada,Halimah dpti buah dadanya sebak dengan susu,walhal semalam dia tidak dapat menyusukan anaknya sendiri yg menangis kelaparan sepnjang malam.Begitu juga halnya kepada untanya.Puaslh Nabi muhammad dan anak
kandungnya menyusu sehingga kenyang dan tertidur.

Haris berkata,"Halimah,sudah tentu inilah rahmat yg dibawa oleh bayi yang kita terima ini."

Dalam perjalanan pulang,kuda yg kurus td berubah laku dan terus menjadi cergas dan segera meninggalkan kafilah yg telah dihadapan tadi.

Itulah keberkatan dan barakah nya bayi yang mulia ini,Muhammad s.a.w.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan