Rabu, 19 Mac 2014

adab berpuasa dan tarawih

ADAB BERPUASA DAN TARAWIH
 Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia.

5.Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah.

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat.
7.Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
8. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)




Sila la jawab teka silangkata pasal puasa ni ye..





Kertas Kerja Maulidur Rasul,Maal Hijrah dan Khatam Al-Quran

SK.TAMAN UNIVERSITI 2
PANATIA AGAMA ISLAM TAHUN 2010

1. Program      : Sambutan Maulidur Rasul (Developmental)
2. Matlamat     : 2.1 Mempertingkatkan kefahaman sejarah kelahiran dan
                           hikmah maulidurrasul kepada masyarakat sekolah.
                      2.2 memantapkan keimanan dan keyakinan terhadap syiar Islam                 serta sunnah Rasulullah.
                      2.3 mengambil iktibar tentang sejarah latar belakang
                           kehidupan Rasulullah           untuk diteladani.
3. Aktiviti   : Semua warga sekolah
                                  - b          ~!erzanji
          - selawat Nabi                                                                       
          - Nyanyian Asmaul Husna
         - mendengar ceramah agama oleh penceramah
4. Objektif :  4.1 menanam rasa taat dan kasih terhadap Rasulullah serta
                      kaum kerabat baginda.
                      4.2 mengeratkan silaturrahim sesama insan.
                      4.3 mewujudkan sifat bekerjasama,bantu membantu dan tolong
                          menolong bagi memartabatkan syiar Islam.
                    4.4 memperingati perjuangan dan pengorbanan baginda untuk
                         dicontohi.
5. Jangkamasa:    Rabiul Awwal ( bulan Mac )
6. Sasaran   :  Semua murid,guru-guru dan kakitangan sekolah.
7. Kos           :  mengikut jumlah kutipan sumbangan daripada PIBG,individu,
                      guru-guru serta staf sokongan,syarikat/ korporat.
8. Sumber   :  Guru-guru dan staf sokongan,PIBG sekolah,ibubapa,                    dan murid-murid sekolah.
9. Pelaksanaan : Program ini dibincangkan dalam mesyuarat Panitia Agama
    Islam.
-      menetapkan tarikh sambutan
-      menentukan tarikh sambutan
-      mengadakan majlis sambutan
-      mengadakan acara semasa majlis sambutan seperti
perarakan,berzanji,selawat dan ceramah agama.
10. Penilaian :  Kejayaan aktiviti yang dirancang dapat dinilai melalui bakat
dan kerjasama semua pihak semasa sambutan dijalankan.





SK.TAMAN UNIVERSITI 2
PANATIA AGAMA ISLAM TAHUN 2010

1. Program      : Sambutan Maal Hijrah (Developmental)
2. Matlamat   : 2.1 Mempertingkatkan kefahaman sejarah kelahiran dan
                           hikmah maal hijrah kepada masyarakat sekolah.
                      2.2 memantapkan keimanan dan keyakinan terhadap syiar Islam        serta hijrah Rasulullah.
                      2.3 mengambil iktibar tentang sejarah hijrah
                            Rasulullah untuk diteladani.
3. Aktiviti   : Semua warga sekolah
                     - berselawat
                     - Nyanyian Asmaul Husna
 - mendengar ceramah agama oleh penceramah
4. Objektif :  4.1 menanam rasa taat dan kasih terhadap Rasulullah serta
                      kaum kerabat baginda.
                      4.2 mengeratkan silaturrahim sesama insan.
                      4.3 mencontohi dan mengambil iktibar dari perpindahan
                          rasulullah bagi memartabatkan syiar Islam.
                    4.4 memperingati perjuangan dan pengorbanan baginda untuk
                         dicontohi.
5. Jangkamasa:    Muharram ( bulan Januari )
6. Sasaran   :  Semua murid,guru-guru dan kakitangan sekolah.
7. Kos            :  mengikut jumlah kutipan sumbangan daripada PIBG,individu,
                      guru-guru serta staf sokongan,syarikat/ korporat.
8. Sumber   :  Guru-guru dan staf sokongan,PIBG sekolah,ibubapa, dan murid-murid sekolah.
9. Perlaksanaan : Program ini dibincangkan dalam mesyuarat Panitia Agama
    Islam.
-      menetapkan tarikh sambutan
-      menentukan tarikh sambutan
-      mengadakan majlis sambutan
-      mengadakan acara semasa majlis sambutan seperti
selawat dan ceramah agama.
10. Penilaian dan kawalan mutu :  Kejayaan aktiviti yang dirancang dapat dinilai melalui bakat dan kerjasama semua pihak semasa sambutan dijalankan serta pemantauan dari guru besar dan semua guru penolong kanan sekolah.






SK.TAMAN UNIVERSITI 2
PANATIA AGAMA ISLAM TAHUN 2010

1. Program      : Majlis Khatam Quran (Developmental)
2. Matlamat   : 2.1 Memupuk kecintaan dan minat terhadap Al-Quran yang merupakan satu agendauntuk menghidupkan syiar Islam.
                       2.2 memahirkan bacaan Al-Quran.
                    
3. Aktiviti   : Semua murid khasnya Tahap 2
                     - tadarus
                    - khatam           
4. Objektif :  4.1 menghargai dan mengiktiraf serta memberi pendedahan      
                             Kepada pelajar.
                     4.2 menarik minat pelajar untuk membaca dan mengkhatam Al-Quran.          
5. Jangkamasa:    Maulidur Rasul atau sepanjang bulan Ramadhan
6. Sasaran   :  Semua murid,guru-guru dan kakitangan sekolah.
7. Kos            :  mengikut jumlah kutipan sumbangan daripada PIBG,individu,
                      guru-guru serta staf sokongan,syarikat/ korporat.
8. Sumber   :  Guru-guru dan staf sokongan,PIBG sekolah,ibubapa dan murid-murid sekolah.
9. Perlaksanaan : Program ini dibincangkan dalam mesyuarat Panitia Agama:
-      menetapkan tarikh sambutan
-      menentukan tarikh sambutan
-      mengadakan majlis sambutan
-      mengadakan acara semasa majlis sambutan seperti
selawat dan ceramah agama.

10. Penilaian dan kawalan mutu :  Kejayaan aktiviti yang dirancang dapat dinilai melalui minat dan kefasihan membaca Al-Quran dan kerjasama semua pihak semasa sambutan dijalankan serta dipantau oleh guru besar dan guru penolong kanan.

perancangan jangka panjang


salam..
berikut adalah contoh perancangan jangka panjang Panitia Agama Islam sekolah aku..



PERANCANGAN JANGKA PANJANG
PANITIA AGAMA ISLAM
1)BUDAYA MEMBERI SALAM
a)Matlamat:
1.membudayakan lafaz salam dan selamat sejahtera di kalangan warga sekolah bagi mewujudkan suasana harmoni,mesra dan sayang-menyayang agar dapat diterapkan di dalam diri dan kehidupan seharian warga SKTU2.
b)Objektif:
1.mengeratkan silaturrahim antara guru dan guru,guru dan murid,serta semua kakitangan sekolah.
2.mewujudkan suasana harmoni dan mesra.
3.menerapkan dan mengamalkan budaya ini di luar sekolah.
c)Sasaran:
Warga SK.Taman Universiti 2
d)Tempoh:
Setiap tahun
e)Aktiviti:
1.menyebut lafaz salam setiap kali berucap
2.menyebut lafaz salam ketika bertemu orang
3.menyebut lafaz salam masuk /keluar kelas








2) Generasi Taddarus Al-Quran
a)Matlamat:
Melahirkan wakil dan pelapis untuk pertandingan Majlis Taddarus Al-quran setiap tahun dalam acara tilawah al-Quran,hafazan,bercerita,khat,tulisan jawi,kuiz dan nasyid.
b)Objektif:
1.mencari dan mengembangkan bakat murid yang berkebolehan dalam acara-acara tadarrus Al-Quran
2.melahirkan generasi dan pelapis untuk mewakili sekolah
3.menerapkan ciri dan gaya-gaya qari dan qariah,para huffaz dan muazzin dalam diri murid.
4.menerapkan keyakinan dalam diri murid yang berminat dan berbakat untuk mewakili sekolah.
c)Sasaran:
Murid-murid tahun 3 hingga 6
d)Tempoh:
Setiap tahun
e)Aktiviti:
1.mengadakan pertandingan –pertandingan untuk mencungkil bakat seperti pertandingan menulis jawi,hafazan,tilawah,azan dan khat.
2.mendengar dan melatih murid dalam bacaan tarannum,hafazan dan bercerita kisah-kisah nabi.
3.mengadakan latihan kompang selawat dan nasyid.





Disediakan oleh;                                                                        Disahkan oleh;
...................................                                                             ...................................
Pn.Zati Aqmar bt Hj.Mohd Ghazalli                                             Pn.Hjh Zairiyah bt Dirin 
Ketua Panatia Agama Islam                                                        GPK Kurikulum
SKTU2                                                                                      SKTU2


kertas kerja kursus pengurusan jenazah


salam..
pada malam ni,aku begitu bersemangat menupload bahan-bahan kat file aku ni..bukan ape,aku nk kemaskini file aku dan nak buang segala mak nenek kat folder aku ni.penyimpanan yang selamat,aku letak la kat dlm blog aku ni..kan?clever tak?xpyh jawab ha..
 nilah kertas kerja yang aku buat masa aku di SKTU2 dulu..bile pindah Melaka,xjadi Ketua panitia,so aku pun xguna le bende ni.korang nak amik bole la,aku no problem..




KERTAS KERJA
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
TAHUN 6

1.PENGENALAN
Kursus pengurusan jenazah adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tahun 6 tentang aspek menguruskan jenazah dari selepas kematian sehingga saat jenazah ditalqinkan.Sesuai dengan matlamat panitia,melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan dapat memberi contoh teladan serta memberi manfaat kepada masyarakat.

2.RASIONAL
2.1 melahirkan generasi berakhlak mulia
2.2 memberi manfaat kepada masyarakat
2.3 menjadi pelapis dan pembantu kepada pengurus jenazah yang sedia ada.

3.TUJUAN
3.1 menambah pengetahuan tentang tajuk Solat Jenazah pada silibus Tahun 6.
3.2 mendedahkan murid kepada ajaran islam yang murni
3.3 menarik minat murid supaya hadir ke sekolah walaupun selepas berakhirnya UPSR.
3.4 mempraktikkan ajaran yang telah diterima dari segi ibadat.

4.JAWATANKUASA INDUK

Penasihat                                 :Pn.Hjh Juarah bte Abdullah(Guru Besar)

Pengerusi                                 :Pn.Hjh Zairiyah bte Dirin (GPK 1)

Timb. Pengerusi 1                     :Pn.Hjh Norhaliza bte Ayob(GPK HEM)

Timb. Pengerusi 2                     :Pn.Hjh Haedah bte Sabaran (GPK KO-KO)

          Penyelaras                                :Pn.Zati Aqmar bte Mohd Ghazalli
         
         Setiausaha                                :Pn.Suhana bte Md.Dan

          Bendahari                                :Pn.Rahayu bte Rashid

         
AJK                                Dokumentasi/Rakaman :En.Hakimi b.Saad
                                                Laporan:Pn.Suhana bte Md.Dan
5.JAWATANKUASA KECIL

Juru gambar: Pn.Zati Aqmar Bte Mohd Ghazalli

Disiplin:Pn.Alinah Tamat
             En. Mazli Jalil

Fasilitator/Penceramah:    -pengurusan UTM sendiri-

6.TENTATIF PROGRAM

8.00 PAGI        :MASUK KE DALAM SURAU

8.15 pagi         :Taklimat oleh Fasilitator

8.30 pagi         :Ceramah Pengurusan Jenazah

9.30 pagi         :Amali pengurusan jenazah

10.00 pagi       :Rehat

10.30 pagi       :Solat jenazah

11.00 pagi       :Amali Solat Jenazah

12.00 tengahari:Upacara penutup
                            Penyampaian cenderahati

12.30 tengahari: bersurai


7.IMPLIKASI KEWANGAN
Bil
Perkara
perbelanjaan
Jumlah
1
Edaran Kaifiyat Solat Jenazah
RM 2.00×80
RM 160.00
2.
Penceramah
RM 200
RM200.00
3.
Barang Jenazah
RM 130×2set
RM260.00

JUMLAH

RM 620.00


8. KESIMPULAN DAN PENUTUP

Kursus pengurusan jenazah  ini diharapkan dapat memberi sesuatu impak yang besar kepada pembangunan modal insan seterusnya melakukan amal ibadah di sepanjang bulan Ramadhan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh melibatkan semua pihak terutama yang bergama Islam seterusnya dinilai ibadah disisi Allah Ta’ala.

Sekian,terima kasih.

Yang menjalankan tugas,                                                       Disemak oleh,
.....................................                                                           ..............................
Zati Aqmar bt Mohd Ghazalli
Ketua Panitia Agama Islam SKTU2                


Teks Pengacara Majlis

Salam..
Berikut adalah contoh teks pengacara majlis sempena Majlis Penyerahan Computer 1Malaysia yang diadakan tahun lepas.aku sebagai pengacara majlis terpaksa menggunakan khidmat Mr.Google mengopy dan mengedit beberapa ayat sebab xde lagi kat google teks untuk computer 1Malaysia ni.kira aku org pertama la ni.huwahuwa..perasantan..

okey,lehle korg tengok.usha n edit2 le mne patut..sharing is caring,ye tak..



Bismillah Hirrahmanirrahim....
Alhamdulillahhirabbilalamin...
RabbissrahliSADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULIH...
Assalamualaikum w.b.t.... Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia...
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Yang Berusaha, Tn.Hj Mohtar bin Bakar,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Telok Berembang
Yang Dihormati, barisan Guru Penolong Kanan SKTB :
Puan Hamizah Daud – GPK Pentadbiran
Puan Latifah Sukor  – GPK HEM
Puan Rusiah abd Rahman – Memangku GPK Koko
Pn.Hjh Abibah Ketot-GPK PK,guru-guru
para ibu bapa , dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Selamat datang ke Majlis Penyerahan Komputer 1Malaysia.

Hadirin dihormati.

Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, marilah kita sama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Ustaz .Ahmad Zul , dipersilakan…

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Zul kerana mengetuai bacaan doa itu tadi. 
Hadirin yang dihormati,
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan ucapan guru besar sktb,
Untuk itu dijemput Tn.Hj Mohtar b.Bakar, untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan...

Majlis merakamkan ribuan terima, kasih kepada tuan guru Besar, di atas ucapan itu tadi.
Hadirin sekalian,sebelum saya meneruskan majlis,izinkan saya menerangkan syarat-syarat penerimaan computer 1Malaysia agar tiada sebarang masalah di kemudian hari.Syarat-sayarat ini adalah dari Kem.Penerangan,Komunikasi dan kebudayaan serta suruhanjaya Komunikasi Mutimedia Malaysia(SKMM).
(BACA SYARAT2)
Kini masa yang ditunggu-tunggu iaitu penyampaian computer 1Malaysia kepada murid2 yang layak.Oleh itu,majlis menjemput sekali lagi,Tuan Haji Mohtar b Bakar diiringi Pn.Latifah Sukor untuk menyampaikan computer 1Malaysia.dipersilakan..
(BACA NAMA)
Terima ksih Tuan Guru Besar kerana sudi  menyempurnakan penyerahan computer 1Msia.
Dengan berakhirnya penyampaian itu tadi,maka berakhirlah majlis kita pada petang ini. Mohon maaf dari meja pengacara sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t.

Sekian, terima kasih.....
assalammualaikum


buku program Maulidur Rasul

salam..
ni contoh buku program sempena sambutan maulidur rasul peringkat sekolah aku.sangat simple..aku xsuka mcm2 bende nak letak,serabut.so kalau korang kering idea nak buat buku program,bole la copy aku punye,,klu xnak xpe..hehe