Rabu, 19 Mac 2014

perancangan jangka panjang


salam..
berikut adalah contoh perancangan jangka panjang Panitia Agama Islam sekolah aku..



PERANCANGAN JANGKA PANJANG
PANITIA AGAMA ISLAM
1)BUDAYA MEMBERI SALAM
a)Matlamat:
1.membudayakan lafaz salam dan selamat sejahtera di kalangan warga sekolah bagi mewujudkan suasana harmoni,mesra dan sayang-menyayang agar dapat diterapkan di dalam diri dan kehidupan seharian warga SKTU2.
b)Objektif:
1.mengeratkan silaturrahim antara guru dan guru,guru dan murid,serta semua kakitangan sekolah.
2.mewujudkan suasana harmoni dan mesra.
3.menerapkan dan mengamalkan budaya ini di luar sekolah.
c)Sasaran:
Warga SK.Taman Universiti 2
d)Tempoh:
Setiap tahun
e)Aktiviti:
1.menyebut lafaz salam setiap kali berucap
2.menyebut lafaz salam ketika bertemu orang
3.menyebut lafaz salam masuk /keluar kelas








2) Generasi Taddarus Al-Quran
a)Matlamat:
Melahirkan wakil dan pelapis untuk pertandingan Majlis Taddarus Al-quran setiap tahun dalam acara tilawah al-Quran,hafazan,bercerita,khat,tulisan jawi,kuiz dan nasyid.
b)Objektif:
1.mencari dan mengembangkan bakat murid yang berkebolehan dalam acara-acara tadarrus Al-Quran
2.melahirkan generasi dan pelapis untuk mewakili sekolah
3.menerapkan ciri dan gaya-gaya qari dan qariah,para huffaz dan muazzin dalam diri murid.
4.menerapkan keyakinan dalam diri murid yang berminat dan berbakat untuk mewakili sekolah.
c)Sasaran:
Murid-murid tahun 3 hingga 6
d)Tempoh:
Setiap tahun
e)Aktiviti:
1.mengadakan pertandingan –pertandingan untuk mencungkil bakat seperti pertandingan menulis jawi,hafazan,tilawah,azan dan khat.
2.mendengar dan melatih murid dalam bacaan tarannum,hafazan dan bercerita kisah-kisah nabi.
3.mengadakan latihan kompang selawat dan nasyid.





Disediakan oleh;                                                                        Disahkan oleh;
...................................                                                             ...................................
Pn.Zati Aqmar bt Hj.Mohd Ghazalli                                             Pn.Hjh Zairiyah bt Dirin 
Ketua Panatia Agama Islam                                                        GPK Kurikulum
SKTU2                                                                                      SKTU2


Tiada ulasan:

Catat Ulasan