Rabu, 19 Mac 2014

Teks Pengacara Majlis

Salam..
Berikut adalah contoh teks pengacara majlis sempena Majlis Penyerahan Computer 1Malaysia yang diadakan tahun lepas.aku sebagai pengacara majlis terpaksa menggunakan khidmat Mr.Google mengopy dan mengedit beberapa ayat sebab xde lagi kat google teks untuk computer 1Malaysia ni.kira aku org pertama la ni.huwahuwa..perasantan..

okey,lehle korg tengok.usha n edit2 le mne patut..sharing is caring,ye tak..



Bismillah Hirrahmanirrahim....
Alhamdulillahhirabbilalamin...
RabbissrahliSADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULIH...
Assalamualaikum w.b.t.... Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia...
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Yang Berusaha, Tn.Hj Mohtar bin Bakar,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Telok Berembang
Yang Dihormati, barisan Guru Penolong Kanan SKTB :
Puan Hamizah Daud – GPK Pentadbiran
Puan Latifah Sukor  – GPK HEM
Puan Rusiah abd Rahman – Memangku GPK Koko
Pn.Hjh Abibah Ketot-GPK PK,guru-guru
para ibu bapa , dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Selamat datang ke Majlis Penyerahan Komputer 1Malaysia.

Hadirin dihormati.

Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, marilah kita sama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Ustaz .Ahmad Zul , dipersilakan…

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Zul kerana mengetuai bacaan doa itu tadi. 
Hadirin yang dihormati,
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan ucapan guru besar sktb,
Untuk itu dijemput Tn.Hj Mohtar b.Bakar, untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan...

Majlis merakamkan ribuan terima, kasih kepada tuan guru Besar, di atas ucapan itu tadi.
Hadirin sekalian,sebelum saya meneruskan majlis,izinkan saya menerangkan syarat-syarat penerimaan computer 1Malaysia agar tiada sebarang masalah di kemudian hari.Syarat-sayarat ini adalah dari Kem.Penerangan,Komunikasi dan kebudayaan serta suruhanjaya Komunikasi Mutimedia Malaysia(SKMM).
(BACA SYARAT2)
Kini masa yang ditunggu-tunggu iaitu penyampaian computer 1Malaysia kepada murid2 yang layak.Oleh itu,majlis menjemput sekali lagi,Tuan Haji Mohtar b Bakar diiringi Pn.Latifah Sukor untuk menyampaikan computer 1Malaysia.dipersilakan..
(BACA NAMA)
Terima ksih Tuan Guru Besar kerana sudi  menyempurnakan penyerahan computer 1Msia.
Dengan berakhirnya penyampaian itu tadi,maka berakhirlah majlis kita pada petang ini. Mohon maaf dari meja pengacara sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t.

Sekian, terima kasih.....
assalammualaikum


Tiada ulasan:

Catat Ulasan